Sunday, May 6, 2012

Embun

7 mei 2012
4.53 pagi

Assalamualaikum warahmatullah..Assalamualaikum warahmatullah..



Sujud aku kali ini bernada syahdu. di saat bumi riuh dengan bunyi hujan lebat,aku leka seketika dalam nikmat. nikmat yang jarang-jarang aku temui. nikmat yang kadang-kadang aku kehendaki. sujud aku kala ini penuh harapan. untuk sujud aku kali ini,aku pejam erat mata rapat-rapat. mengumpul segenap tenaga untuk mengadu pada Tuhan. hilang semua derita yang aku pikul. hilang semua sengsara yang aku cipta. saat ini cuma ada aku dan pencipta. tiada penghalang. hatiku cukup rapat. berkhayal aku sehingga ke langit ke tujuh.




jiwaku melayang untuk sujud kali ini. menitiskan air mata tanpa bunyi. terbayangkan seperti bersujud di taman firdausi duniawi. aku jadi sayang untuk bangun dan meninggalkan sujud kali ini. jiwa aku jadi ringan dengan sujud begini. membuatkan aku segan dan malu untuk bangun dari bumi. entah bila lagi akan ku temui sujud begini waktu ini. mungkin esok jiwaku kembali berdosa dan sujud seterusnya tidak senikmat ini. mungkin saat nanti badan aku penuh luka dan sujudku tidak akan sesempurna ini lagi. mungkin nanti lidahku kelu dan bicaraku jadi dusta pada Illahi.

sujud kali ini penuh cerita. aku mencoret kisah hati dengan mata buta. hanya deraian dan nafas sahaja masih membuktikan aku di dunia. aku masih terlalu sayang pada sujud ini. terlalu sayang untuk bangun dan tinggalkan detik ini. embun hari ini mungkin jelik dengan kehadiranku. merebut perhatian dan kasih dari tuhan. embun,jadikan aku temanmu malam ini. aku sendirian dan ingin mengadu pada tuhan. sekilas niat aku berbisik, aku redha dengan sakit begini semoga KAU izinkan lagi aku punya nikmat untuk sujud begini. dunia ini bukan milik ku dan nikmatnya juga bukan hak ku. aku kembalikan diriku padaMU


bertemankan embun jadi kawan

~cahaya~
READ MORE - Embun

Thursday, May 3, 2012

laut,darat dan sejadah


Assalamualaikum wbt...

pada tanggal 3 haribulan mei jam 4.35 petang..husni bin mohd rawi telah dijemput mengadap Illahi..ana tidak mampu untuk menghurai lanjut tentang asbab kematian nya..cuma ana maklum arwah mengalami implikasi hasil dari obesiti..

ana tertarik untuk mengadaptasi kehidupan arwah sebagai wacana bahan arkib buat tatapan bersama..arwah ini kita kenali sebagai artis serba boleh..bermula sebagai penyanyi,kemudian nya berlakon dan sekarang pelawak..hatta apa sekalipun kerjaya arwah dia tetap manusia biasa yang tahu batasnya..bila masanya dia perlu berhenti dan mencari titik tolak kehidupan..

ana tidak menghakimi kehidupan nya..cuma menyorot selayang pandang kisahnya sebelum menghembuskan nafas terakhir..ana mengikuti perkembangan nya..catatan nya di laman FB..twitter..kisah perihal nya seperti di MELODI..sungguh ana sedih..pengakuan tentang masalah kewangan nya dan perihal kesihatan nya di perjudikan di mata media.. inilah kisah arwah..

namun..arwah berjaya mengubat hatinya..bertemu dengan ulama-ulama hebat seperti tok guru nik aziz dan tok guru haji hadi..malah beliau telah menjejak kn kaki ke tanah suci mekah..indah pengakhiran nya hidup beliau..

ana teringat antara post2 arwah di FB..aku dah lama hidup main tahik..sekarang aku nk rasa harumnya bunga..di twitter pula..post terakhir arwah berbunyi..`aku hanya ada Allah.` mengakhiri hidup denga keredhaan yang sebegini tinggi..ana jadi malu pada dunia..moga Allah tempatkan Allah di tempat2 yang di janjikan buat orang yang beriman..Amiin ya rabb..al-fatihah

*aku dari laut..kau dari darat..di tikar sejadah bertemu juga

~cahaya~
4 mei 2012
READ MORE - laut,darat dan sejadah

Wednesday, May 2, 2012

*~* kehanyutan GELOMBANG *~*

Assalamualaikum wbt…


BERSIH 3.0..gelombang~~~~~~

Gelombang BERSIH 3.0 masih melanda laman FB ana walaupun ana tidak hadir untuk kesekian kalinya..kekangan tahap kesihatan membuatkan ana akur untuk berada di rumah.. ana berbicara dengan megah untuk pengalaman BERSIH 1 dan PPSMI.. ana juga pernah berdiri di samping A.Samad Said yang pada waktu itu akal remaja muda menggelarkan beliau sebagai `pakcik`.. kelakar jika ingin di ingat kenangan hijau ana bersama demo di usia seawal 18 dan 19 tahun..di saat hamburan tear gas dan di suakan dengan garam ana terus menyapu ke muka..Allahurabbuna..pedihnya berganda..agaknya akhi unit AMAL mahu saja ketawa bergolek-golek melihat keadaan ana..mana nk di kira niqab yg dah tertarik senget..kaca mata yg hilang bingkainya(ana masih berkaca mata saat itu)..akhirnya akhi unit AMAL menghasilkan 1 kepungan untuk ana dan sahabat-sahabat muslimat yang lain berjalan ke kawasan yang lebih selamat..demikian lah pengalaman ana dulu di BERSIH 1 dan PPSMI..jujurnya jiwa ana meronta untuk hadir lagi..Cuma sahaja roh ana saja yang mampu hadir..^_^..namun ana bangga dengan sahabat-sahabat lain yang hadir..

Namun, ingin sahaja ana highlight kan di sini..dunia yang sudah semakin tua dan keadaan yang bergolak tanpa ritma sekata ternyata belum berjaya menyekat jiwa-jiwa halus untuk terus melayan emosi jiwa sehingga ternyata jelas menghilangkan hormat dan maruah yang selayaknya ada pada diri manusia.

Keghairahan ana tentang BERSIH 3.0 di hambur muak dan jelik dengan status-status FB yang tidak pernah lelah berbicara tentang HATI..baik yang sudah bernikah atau tidak sibuk membicarakan nya secara nyata di laman masing-masing..jiwa muda ana yang sudah muak kembali membisik..apa tidak ada turun naik kah tahap mereka ini? Apa setiap masa perlu bebicara tentang CINTA MANUSIA?

Di saat ana berhadapan dengan individu-individu ini,ana cuba bersikap neutral walaupun hakikatnya ana seorang yang firm bila bertindak..di tambah dengan dialog berkasih sayang antara suami isteri…Allah..hilang sudah sifat neutral yang ana cipta..jelik hingga jeluak memuntahkan isi perut..apakah mereka tidak sedar perbuatan itu memperjudikan maruah diri dan agama di mata para mad`u..generasi saat ini bukan lah bodoh atau calang-calang tahap pemikiran nya.. sentiasa mudah mereka terlihat salahnya kita..maka individu megah yang tegar menggelarkan diri da`ie telah berjaya mencipta cela untuk di tatap dunia..

Entry ana sebelum ini ada membicarakan perihal ini..namun ana di asak dengan alasan mereka ingin menzahirkan role model cinta islamik yang berteraskan `nikah muda`.. apa perlu ana berbicara tentang perihal `wasatiyah` dengan golongan cerdik pandai ini? Sudah tentu sahaja mereka lebih mahir dari ana.. jadi bagaimana? Bagi ana ini bukan isu klise untuk di gula-gulakan selalu kepada media..apatah lagi untuk di tatap seharian yang hanya berdialog seperti ini..

`selamat pagi buat suamiku si polan kerana hadir dalam hidupku dan menerangi ruang hatiku..`

`selamat pagi juga buat isteriku dan terima kasih kerana sudi mengisi runag kamar jiwaku..`

Pertanyaan ana..perlukah?apakah penting untuk berbicara sebegini di waima sekadar di alam maya sedangkan ramai yang memerhati…benarlah..bukan setakat dunia ini sudah tua..namun seisinya di landa sakit jiwa lantara ketuaan dunia nya..
Islam itu adalah agama nasihat..dan setiap nasihat yang di lafazkan akan hadir dulu ke telinga penglafaznya.. ana kembali ingin mengingatkan tanggungjawab masing-masing sebagai khalifah bumi..ada yg tegar bersuara lantang berdiri di barisan hadapan untuk berjuang..ada yang selesa berada di tengah menanti arahan..ada pulak yang berada di di belakang..bertindak sekdar keperluan..dan ana yakin ada juga yang bertindak dengan kemampuan hatta dengan hanya bersenjatakan mata pena mahupun petikan hujung jari yang bisa menggegar dunia.. yang mana satu pun diri kalian..status yang bagaimana pun kalian pilih..ingatlah..perjuangan membina baitul muslim itu perjuangan perang untuk melahirkan mujahid dan mujahidah bermaruah..lantas perjalanan nya juga biarlah bermaruah..lempiasan emosi harus sekata dengan situasi dan berkoordinasi dengan status diri..moga tidak jadi fitnah pada perjuangan hanya kerna sebaris dua ayat yang di war-warkan..


setiap insan punya perasaan..bergantunglah pada cara ia menzahirkan perasaan itu

Allahurabbuna..sekali ana menulis..beribu kali beristighfar gentar dengan dugaan yang bakal hadir hasil dari pendapat sendiri..bagaimana sekalipun..kuatkan lah semangat kalian..islam tidak memerlukan kita Cuma kita yang memerlukan islam untuk memastikan kesinambungan tamadun dunia megah yang bersujud merendah kepala di paras terendah hanya dan hanya kepala Allah..

Ayuh sahabat..dunia kekurangan jiwa muda berani..jangan layu dengan emosi duniawi..fitrah kejadian manusia akan terisi.. dan kitalah yang memilih jalan dan haluan nya..BERSIH 4.0 bakal menyusul..ayuh..kita kuningkan 1 MALAYSIA!! kita berjuang untuk generasi mendatang..hasilnya bukan waktu ini mahupun zaman ini..namun anak-anak kita perlu di beri peluang untuk merasa nikmat kepimpinan yang mendaulatkan ISLAM..


boleh mula baca qunut nazilah setiap kali solat..kita doa kan dunia dan negara kita


~cahaya~
2 mei 2012
READ MORE - *~* kehanyutan GELOMBANG *~*

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP