Wednesday, May 18, 2011

~*~ GERIMIS ~*~


tika terkuak jendela hari..
fajar belum pun menyinsing lagi..
tercari-cari kemana telah pergi..
dia yang pernah menemani di sisi..

ku harap sinar menerang kabus..
agar terang lorong perjalanan ku..
ku sangka cerah siangku hari ini..
mendung pula menutupi..

gerimis ini terlalu pagi..
menghantar sayup pilu di hati..
gerimis ini bagai mengerti..
dikau yang pergi tak kn kembali..

menyeka gerimis yang gugur di pipi..
terimbau kenangan yang pernah terlukis..
dalam gerimis yang bagai kn mengerti..
jasad mu di usung pergi..

ku pujuk diriku tidak menyesali..
pemergianmu tertulis di azali..
namun hati ini sukar ku bohongi..
kehilangan mu tak berganti..

gerimis tiba di hujung nya..
sampai waktu kan berhenti jua..
begitulah kehidupan kita di dunia..
tiada siapa yang kekal selamanya..

entah bila waktu ku..
AKAN TIBA........................






p/s :hati ini sukar ku bohongi........
READ MORE - ~*~ GERIMIS ~*~

~*~ tiap TULANG RUSUK itu tidak serupa~*~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..

Hadith di atas meriwayatkan tentang pemilihan tentang ciri-ciri wanita yang
akan dijadikan sayap kanan kehidupan bagi seorang lelaki.
Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi ,cantik jelita dan paling penting kerana Agama Dan ketaqwaan nya.

tujuan nur memulakan entry dengan hadis tersebut bukan lah bertujuan untuk menyampai kn pada adam2 di luar sana supaya memilih yang berniqob sahaja.. nur juga tidak lah bertujuan memuji diri sendiri jauh sekali mengangkat bakul yang nur sendiri tidak miliki..

mengambil kata2 nabi di permulaan entry kali ini manjadi titik tolak pada peringatan hati2 layu ttg kepentingan pemilihan si ibu utk anak2 kita.. begitu juga lah pemilihan si bapa untuk anak2 kita.. kerna proses pendidikn bermula sejak dari pemilihan benih siapa yang bakal nur kandungi..

menerjah ke tiap gerbang hati..menyelongsori tiap lubuk kalbu.. proses membina `MASJID HATI` sudah semestinya berhidangkn bara putih sebagai santapan.. menyulam air mata demi kebahagiaan hingga syurga..waima madu juga pahit rasanya tatkala melalui proses ini.. maka rami juga lah yang mengeluh kenapa susah benar mahu bertemu dengan MR atau MRS WRIGHT..

sengaja juga nur bermain dengan provokasi songsang.. "andai mudah berjumpa dengan yang sesuai.. kurang nilai nya dan mudah juga lah di tinggal kan.. kan?" Allah..

bersahabat dengan beberapa muslimin yang pernah menyuarakn kebimbangan mereka tentang muslimat hari ini membuat kn nur menyembah sujud sayu mengadap Illahi.. apa teruk benarkah kaum ku pada zaman ini? sememang nya hal ini tersebut dlm hadis nabi.. $) perkara akhir zaman.. wanita2 di jadi kn barang dagangan..

lantas nur khabar kn pada hati2 sahabat.. andai pun hadis nabi jelas berkata begitu.. ketahuilah.. tidak semua TULANG RUSUK itu serupa.. hatta semua nya bengkok sekalipun,ketahuilah punya tulang yang putih suci untuk di miliki dan di lurus kan..

pernah juga nur menyeka pipi sahabat2 muslimat lantaran kesedihan mereka yang kehilangan CINTA..ALlah.. sayu pula hati untuk mengkhabarkn pada hati2 ini bahawa Allah mengkehendak kn hati kalian untuk CINTA NYA!..

subhanallah.. hebat sungguh ciptaan Allah untuk makhluk bernama `CINTA~..

bermodal kan hati serta iman yang turun naik..acapkali nur bisik kn pada hati sendiri.. "bila masa nya tiba..DIA pasti tiba..saat itu semuanya milik DIA.."

mengutip ibroh dari setiap situasi dan kejadian..menghargai apa yang ada di depan mata itu adalah yang terbaik berbanding menggapai awan jauh yang sentiasa terbang meninggi..meninggal kn yang menanti itu berteleku dengan harapan.. Allah..

sungguh dunia ini pahit.. namun syurga MU manis..

~cahaya~
READ MORE - ~*~ tiap TULANG RUSUK itu tidak serupa~*~

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP