Thursday, November 3, 2011

berbudi vs berbahasa

assalamualaikum wbt...

salam sayang dan rindu dari ana...^_^..Allahurabbuna...buat waktu sekarang ana sedang cuba mengawal bio clock hidup ana..terutamanya untuk waktu tidur...sepanjang ana sakit,sememangnya tidur yang selalu jadi punca utama untuk terganggu..bila sakit dan tidak dapat tidur..mengheret ana kepada berbagai situasi..tidak boleh ke kelas..sakit kepala..pening..muntah..dan berbagai lagi agenda sakit2 yang hanya bermula dari tidur.. Allahuakbar..Allah Maha Tahu..di ciptakanNYA malam itu untuk beristirehat..kn? hihi..cuma ana sahaja yang punya jasad tidak faham bahasa dan suka tidur sesuka hati ataupun bila perlu... jadi,sekarang ini waktu tidur ana adalah selepas isyak sehingga pukul 4..kemudian ana akan bgn dan solat...masak sahur untuk keluarga(keluar ana berpuasa sepuluh hari sebelum hari raya aidiladha) dan melalui hari siang nya seperti orang lain juga..Alhamdulillah,buat masa ini,di rumah,keshatan ana baik.. sesekali juga di usik..ana bertahan dengan kalimahNYa..usai bertahan..badan penat..ana tidur lah..begitulah kelangsungan hidup ana..

kembali ana berfikir..hikmah sakit ana ini sebenarnya memberi kesan bukan sahaja pada keluarga tapi juga pada jiran-jiran... abah dan mak menguasai ilmu merawat dari darussyifa bersanadkan ust harun din dan sekarang mereka punya misi dan visi..MERAWAT..matlamat mereka cuma satu..membantu insan lain yang seperti ana.. kebetulan juga status abah yang memang dikenali sebagai kepala kampung buatkan abah di hormati dan menjadi sumber rujukan utama di kalangan jiran-jiran..



kebelakangan ini,rumah ana telah di di kunjungi jiran-jiran yang bertandang untuk berubat..siapa sangka,abah ana yang dulu nya bermati-matian mengatakan ana pembohong kini adalah perawat..Allah Maha Besar..ana melihat abah seolah bayangan dari tok ayah..dulu sewaktu arwah tok ayah hidup,begitulah keadaan rumahnya..penuh orang bertandang..semuanya minta pertolongan tok ayah..cumanya,perwatakan abah dan tok ayah berbeza sedikit..tok ayah lembut sangat orang nya..abah pulak lebih bersahaja dan nampak ketegasan pada wajah..

buat masa sekrang,ada seorang makcik dan keluarganya merupakan pesakit tetap abah dan mak.. ana cuma kenal wajahnya sebab selalu jumpa di surau..tapi anaknya kawan abang ana..sekelurga mereka di serang..kesian..sudah ana katakan..makhluk ini biadapnya bukan kepalang..begitulah jadinya..sakit-sakit..kesian ana tengok..bila berubat nampaknya makcik itu masih kuat..cuma itulah,dia orang tua yang punya pegangan budi yang tinggi..pantang singgah ke rumah,tidak pernah tangan nya kosong...kadang-kadang yang di bawa cuma kordial sanquick oren.. kadang-kadang yang di bawa roti gardiner dengan peanut butter..kadang-kadang yang di bawa adalah bungkusan teh..tapi semalam hati ana menjadi libang-libu..di hantarnya bahulu bekas besar..rempeyek dua bungkus besar..peanut butter..roti..ayam..bawang..dan macam-macam lagi..ana kira andai raya ini abah dan mak tak berbelanja..semua bekalan ini cukup untuk kami adik beradik sehinggalah cucu-cucu mak abah pun boleh makan..

betapa besarnya jiwa makcik ini..Allah..teringat kehidupan ana di universiti..isu berbangkit selalunya adalah perihal motor..pinjam dan pergi ke sana sini..malahan ana sendiri pernah kemalangan bersama motor yang ana pinjam..berbelanja besar lah ana untuk membaiki semua kerosakan..namun Allah lebih tahu..semuanya yang ana siapkan untuk belanja kos pembaikan telah di beri percuma oleh pakcik bengkel..cuma kerana dia suka ana berbual dengan dia yang sudah lama kematian anak perempuan..Allah..indahnya perjalanan hidup...yang di pegang itu cuma berbahasa.. namun di balas dengan budi si tua...

perjalanan seindah ini,andai di hayati dan di fahami..bisa meruntuhkan semua hati..konotasi..berbudi dan berbahasa..sesuatu yang sangat indah sehingga ia di jadikan satu karya antik dan sangat sukar untuk di dapati..

"mencipta selautan budi...melambai liuk daun dengan bahasa yang lembut..mencipta kasih yang sukar di mengerti..kerana bahasanya makin luput dan melukut..."

~cahaya~
UiTM Arau
tahun 3
READ MORE - berbudi vs berbahasa

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP