Tuesday, March 6, 2012

minit-minit yang terlepas...


Assalamualaikum wbt..

salam waktu dhuha... keputusan ana untuk mengeluarkan entry sebelum ini telah mengundang feedback baik dan buruk..ana bukan blogger terkenal..malah ana cuma jadikan blog sebagai medan ana memberi pendapat dan berkongsi pengalaman ana..ana fikir inilah sahaja medan yang ana ada..suara dari pejuang cacat dan hampir tiada langsung jejak perjuangan nya..ana memilih untuk bersuara bisu.. ada yang berkata ana seolah-olah meraih simpati dengan bercerita tentang sakit ana,berusaha untuk menadah kasihan dari pihak-pihak lain..ada yang berkongsi emosi dengan menyelami tulisan ana.. apa sekalipun feedback nya...ana telah berfikir baik dan buruk sesuatu keputusan sebelum ana melaksanakan nya.. dunia ini kawan,cuma tempat bersinggah..akan ada yang suka denganmu dan akan ada yang membenci..they have not been in my shoe..and i wish Allah won`t let them be..

hari-hari sememangnya berlalu dengan sangat pantas...hingga hampir ana tidak sedar dengan masa-masa yang terlepas.. berhempas-pulas untuk mewaraskan akal demi mengulangkaji pelajaran...minggu peperiksaan..urusan-urusan dengan pensyarah yang terbengkalai..sungguh..ana bermain dengan api..cuba menyelesaikan semuanya di minit-minit terakhir..manusia itu di cipta dengan tekanan...jadi,tekanan lah yang menjana ana untuk bergerak walau payah..ajaib kan?

selalunya..andai sakit melampau tiba,ana memaksa mata untuk pejam..tidur sepanjang hari..hanya bangun untuk solat dan mandi..dan tidur semula..sehingga ada yang berkata..`untunglah..tidur je keje ko`..ana senyum..tidak mengapa kawan..engkau tidak mengerti azab dunia yang aku tanggung..malah aku tahu ada yang lebih teruk dari aku.. ana pilih untuk mendiamkan diri..lebih mudah dari bercerita yang ana sakit..dan akhirnya muka-muka sedih akan hadir di bilik..maaf kawan..aku belum mahu mati..urusanku belum selesai..

pernah beberapa kali ana dinasihatkan untuk menangguh pelajaran atau berhenti sahaja..lebih mudah kata mereka..rehat di rumah..bila dah bertemu jodoh,kahwin..suami yang jaga..hati ana mula melatah..`pendek sungguh akal kalian..`ada juga yang bertanya kepada ana secara terbuka..untuk apa memaksa badan sesusah ini? berhabis duit.. ana tersenyum..aku dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat menghargai ilmu.. aku ini di didik juga dengan ilmu..aku berjanji dengan hati seorang ibu,hidup matiku dengan ilmu..aku telah menyusahkan ibu aku sejauh ini..maka akan ku langsaikan hutang-hutangku dengan ibu.. bila di kenang-kenangkan semula..tidak semua ibu bapa yang sanggup mengambil anak yang berumur 23 tahun dan menghantar semula di pagi hari esoknya..menunggu pula sehingga habis kelas..terkadangnya sesi ini berlanjutan sehingga beberapa hari..hebatkan ibu bapaku? atas alasan ini,ana gadaikan maruah ana berdepan dnegan malunya jatuh bangun kehidupan demi ilmu yang ibu bapa ana dambakan untuk anaknya.. abah pernah berkata..anak perempuan itu tanggungan bapanya.. jadi ana ini sahamnya abah ana untuk ke syurga kerana tidak mengabaikan tanggungjawab..hebatkan? Allah Maha Hebat..yang berpenyakit dan bersabung nyawa itu ana..yang mendapat hikmahnya hati seorang ibu dan ayah..sesekali ana terdengar abah mengeluh tentang sedih dan susah nya dia..percayalah..tidak sekali ana tinggalkan solat malam tanpa doa-doa ana untuk mereka..

dahulunya,ana mengidamkan untuk menjadi seorang doktor yang huffaz..mahir dengan al quran..ana bermimpi untuk merawat sambil membacakan ayat-ayat suci al quran pada pesakit-pesakit ana,ana terfikir untuk mencuba menggantikan anestatik dengan khayalan hasil dari kalimah suci..jauh kan angan-angan ana? itu kisah lama..ana bukan lagi seorang pelajar perubatan..sebaliknya ana pelajar ilmu perakaunan..ana bukan lagi huffaz..cuma mantan huffaz yang bergelut dengan dunia untuk mengekalkan hafazan nya.. abah dan mak pulak..pesara guru dan pembantu makmal yang kini bergelar perawat sepenuh masa Darussyifa..merekalah yang kini merawat dengan kalimah-kalimah suci..merekalah kini yang menguasai ilmu-ilmu yang ana mimpikan dulu..sekali lagi... hikmahnya sakit ana ini sebenarnya pada mereka..

Allah itu tidak menipu..Maha Adil...Maha Agung..Maha Mengetahui..Maha Pengampun..hebatnya dunia ini untuk ana jelajahi..semakin ana rasakan umur ini pendek..semakin ana menghargai minit-minit yang telah ana lalui..mungkin selepas ini..nafas ana berhenti..entah kalimah apa yang bakal meniti di akhirnya nanti..ana pohon moga itu kalimah suciNYA..

~cahaya~
11.24 pagi
ruang tamu
READ MORE - minit-minit yang terlepas...

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP