Thursday, December 30, 2010

paderi dan pemuda..

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).



-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,

"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)



-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah )
READ MORE - paderi dan pemuda..

Tuesday, December 28, 2010

ana teruskan lg penceritaan .. moga jd iktibar..

2009.. kolej cengal.. bilik 1o41.. UiTM Arau Perlis..

lebih kurang pukul 2.30 ptg hari khamis.. ana mendpt panggilan dr seseorg yg ana x kenal..

unknown:assalamualaikum.. nie nur fazidah mohamad (ada sket pelat cine)

ana: waalaikumsalam.. ye2.. nur nie.. sape ye nie?

unknown: sy knl awak tp awak mungkin da benci dan lupa kn sy..

ana: eh,maaf la kalau nur terlupa.. maaf sgt.. tp i.allah nur x benci sape2.. awak sape ye? maaf lah kalau ex-student KMJ.. nur da byk x ingat kwn2.. nur skt..

unknown: awak blajar d uitm ye? uitm mana? blh sy pegi jumpa awak? sy nk bgtau sesuatu..

ana: sy belajar d uitm perlis.. kalau awak tahu dtg lah.. kalau xtahu sy blh jemput awak d lebuh raya.. tp awak nk bgtau ape ye? xblh bgtau d tepon ke? tp awak nie sape ye?

unknown:xpe.. esok sy pegi jumpa awak.. tp sy xtau nk masuk uitm. da smp depan pintu sy call awak ye? awak bgtau sy mcm mana nk masuk..

ana: ye2.. i.allah.. kalau nk dtg ..dtg ptg ye? esok pagi sy ada kelas full.. maaf kalau menyusah kn..

unknown: xpe2.. yer.. esok i.allah sy smp.. n i mizz ur voice while reading ur holly quran.. assalamualaikum.. klik!

ana termangu tanpa sempat menjwb salam d talian.. siapa lah dia nie? ana betul2 x ingat.. but her english reming me to someone.. Allah.. mintak simpang si LAM tue..

esoknya.. lepas asar..ana d masjid..baru lepas usrah dgn adik2.. tanpa teringat lansung pasal unknown yg call sbb terlalu sibuk dgn usrah dan assgment.. tp 1 panggilan telah mengingatkn ana..

unknown:assalamulaikum.. nur sy dah masuk dlm uitm nie.. tp sy nampak masjid dan berhenti d sini.. setahu sy.. semenjak d KMJ awak mmg hbs kn masa d masjid..

ana:waalaikumsalam.. eh.. sy pun d masjid nie.. yer2.. sy mmg slalu dok masjid.. awak kat mana? sy keluar masjid nie.. sy d tangga dah..

unknown: dan sy berada dlm kereta yg betul2 d hadapan awak...

Allah! jantung ana seolah berhenti berdegup dan memandang lembut pd kelibat manusia d dlm MYVi putih.. kelibat gadis cina yg bertudung.. persis wajahnya seolah pernah ana lihat .. ana cuba merenung sambil kaki melangkah perlahan menuruni anak tangga..

Allahurabi..LAM PEI SUE..ana da mula jd gelisah.. knp dia perlu cr ana dr johor ke perlis.. Allah.. tlg la buat dia pegi jauh dr ana.. syoh2.. ana gagahkn jua kaki melangkah walau hati ana x pernah redha dgn kata2 nya dulu.. ~__~.. erm..

perlahan2 ana merapati pintu kereta d sebelah pemandu.. dlm hati ana berbisik (pasal la kau x kuar lam... blh aku sepak kau kat sini juga.. erm.. sabar nur.. sabar.. jd contoh yg baik.. dia da pakai tudung.. eleh.. pakai selendang je pun.. ntah2 nk naya kan aku lg.. )Allah.. mcm2 dialog bermain dlm hati dan otak ana.. kejap setan kejap malaikat jd nya..

tersenyum dia pd ana..sambil dia membuka pintu.. ana cuba utk mengawal jarak antara dia dgn ana bl dia keluar nanti.. kalau blh ana x mahu terlalu rapat.. sbg langkah berjaga2 mungkin..

ana hairan seketika.. bl pintu sudah terbuka.. dia bukan nya terus keluar.. sebalik nya berpusing ke belakang dan mencapai objek pjg( ana kira itu M-16.. mungkin dia nk tembak ana..)..Allah.. itu sebenarnya tongkat tompang.. hati ana mula sayu dan menghulurkn tgn membantu dia berdiri sementara nk menstabilkn dirinya.. belum sempat ana berckp.. dia lantas peluk ana erat2..sgt erat.. masih lg ana rasa degup jantung nya.. dekat.. sgt dekat.. dekat sgt dgn hati ana..hampir shj ana terjatuh ke belakang kerana terkejut dgn pelukan itu.. namun ana gagahkn jua kaki bertahan.. cuba utk menyeimbangkn paksi antara bdn kami berdua..ternyata teori fizik yg ana belajar dulu dpt ana praktik kn hari nie.. ^__^

sengaja ana biarkn dia memeluk ana tanpa ana bls pelukan itu.. ana beri ruang utk dia bercerita dgn bhs nya.. bhs yg dia mahu..

ana leraikan pelukan itu dan memujuk dia masuk.. ''lam,jom kita masuk dlm dulu yer?''

sunyi...

"panggil sy nur.. sy sudah masuk Islam.. sy nur khadijah lam bt abdullah"

Allahuakbar..Allah maha besar.. Allah.. subhanallah.. alhamdulillah.. Allah.. x henti2 hati ana memuji2 Allah.. lantas ana pegang tgn nya.. mengiring langkah nur masuk ke dlm masjid..

kekok ana rasa mahu berbual dgn nur.. sedang kn ana juga nur..sepi utk seketika sehingga dia yg mulakan bicara..

nur: nur benci sy?

ana: erm.. tidak lah..knp tny begitu..

nur: kalau sy tahu begini lah indahnya Islam.. sy da ikut awak dr dulu.. knp awak x ajak sy masuk Islam?

ana: awak x beri ruang utk sy perkenal kn Islam..dan sy juga terlalu lemah nk berlwn dgn kehendak dan cara pemikiran awak waktu itu..

nur: (sambil tgn nya memegang kaku kakinya d sebalik baju kurung satin berwarna putih).. awak x mahu tahu knp sy jd begini? sy rasa inilah blsn utk sifat sombong sy..

ana: ^__^..sy harap awak x rasa kaki awak jd begini krn percaya pd tukang tilik tue.. kn?

nur: hihi.. awak masih lg nur yg sama yg sy kenal dulu.. awak sgt alert pd tiap kata org dan awak ingat semuanya.. erm.. awak nk tahu?.. erm.. kaki sy..
kaki sy da separuh lumpuh.. kadang2 sy pijak ape2 pun xrasa.. kalau luka pun kadang2 x rasa.. (dia da mula menangis).. sy excident.. beberapa bulan lepas kita tamat pengajian d matrikulasi.. sy baru balik clubbing.. teman lelaki sy putus kepala.. kepala dia jatuh atas riba sy.. sy nk lari tp kaki sy tersepit.. awak nk tahu? waktu tue sy teringat mcm mana awak bgn dan solat d mlm hari sambil menangis2.. sy slalu ingat awak gila.. rupanya awak menyucikn diri awak..awak bertaubat.. sedangkn sy nie mungkin mati dlm kesesatan.. awak x mengeluh bl result awak rendah.. awak cuma menangis sket je..

ana: erm.. sape kata sy x nangis? sy nangis tau.. kuat2..hihi.. tue kisah lama.. sy da makin ok skang..erm.. awak jgn menangis lg ye? sy risau dan serba slh bl awak menangis..

nur: blh sy peluk awak lg? boleh sy nk tdur d bilik awak mlm nie blh x? sy nk solat mlm dgn awak mlm nie blh?

ana: boleh.. tanpa syarat.. u may come to my room but pls close half o ur eyes ya? hihi.. its a bit messy but i can cope with it in a minute.. sorry ya?

nur:its ok.. haven`t c u for a couple of years maybe but ur english still sounds very good..

ana: ops.. da2.. jgn puji..jom balik bilik nur ye?

ana papah nur ke kereta.. dan mempelawa utk memandu.. syg nya kereta tue dah d ubahsuai.. erm.. merasa ana naik kereta OKU.. ^__^..

mlm itu nur bermlm d bilik ana..berbual kisahnya yg skarang mengambil upah menjahit.. bercerita ttg kisahnya masuk Islam.. dia meminjam kata2 hindun .. aku tidak masuk Islam tp Islam yg masuk ke dlm hati ku..

~cahaya~
READ MORE -

Monday, December 27, 2010

assalamualaikum...

sebelum nie ana pernah cerita ttg bible .. kn? dan ana ada sebut ttg shbt ana yg mahu sepak al-quran sebelum dia masuk Islam.. erm.. mahu dgr cerita nya? ana cerita kan ye?

dgn nama allah yg maha pemurah lg maha penyayang..

di suatu pagi hari jumaat .. 2007.. tangkak johor..

LAM: wei.. kau nie pagi2 da bisng2 baca holy book kau nie mende.. boleh x kau diam2 sket.. aku nk baca bio nie.. bangang tul..

ana: eh,sy bc kuat ke? maaf lah.. sy x bunyi kn suara pun sebenarnya.. hebat awak ye dpt dgr..

LAM:eh,lu jgn buat gua mrh.. abg gua kat JB tu taiko besar tau..

ana: sape buat awak mrh? amek buku bio awak tue.. g bwk jumpa TAIKO besar awak.. minta dia byr KPM supaya exam awak dpt 4 flet.. blh? (lalu ana pergi sambil bwk quran ke tangga yg berdekatan dgn bilik dan dialog ni berakhir d situ sbb ana jarang ada d bilik sbb dia x suka ana..)

2 hari kemudian..ana baru balik kelas dlm pukul 4.30 ptg dan ana tgk atas katil ana tersadai sotong2 kering yg masih bsh. mcm nk berlinang air mata ana tgk katil yg basah dgn sotong2 kering..

LAM:ha.. lu tau plak balik bilik... bukan lu slalu dok masjid ke?

ana:nur xblh solat hari nie.. org xsolat xblh dok d masjid.. takut kotor kn masjid..(dgn air mata yg mula bergenang mengenang kn katil yg bsh..)

LAM: eleh.. ada gua kisah? eh,lu punya katil tue gua buat sidai baju .. lu kn slalu xde kat bilik..

ana : knp ye lam awak x sidai baju kat ampai d luar? kn da bsh katil nur ni..(dgn mata yg da mula menitik kan kesedihannya..)

LAM:(dgn muka selamba) ada gua kisah? eh kalau awak nak tau aa.. I kalau x masuk sini pun I boleh kaya ok.. I nk jd model.. I nie cantik.. u tue gemuk mcm gajah.. ada hati nk sebilik dgn I..

ana: kalau nur nk nur blh minta dok bilik asing.. tp nur x nk.. lg pun awak tau x yg cantik tue sementara je..?

LAM: hello betina kampung.. lu nie mmg mau mati oo.. lu dgn u pnya holy book blh pg mampus..

ana terus pg sambil menahan marah dan sedih sambil membawa buku2 utk kuliah hari esok dan beberapa pasang baju ana lipat kn ke dlm beg.. menuju ke bilik shbt yg x jauh dr ana smbl menangis.. smp d bilik shbt ana..

ana: assalamualaikum.. ummi,blh nur tumpang tdur semlm d bilik? esok kelas pukul 8.. takut x bgn pulak..

ummi: awat? LAM usik hang lg? awat hang x habaq kat aku wei? aku org kampung hang..

ana: xpa.. dia x reti ummi.. dia xtau betapa agung nya agama kita.. nabi x ajaq kita bermusuh sebaliknya berkasih syg walaupun dgn musuh..

ummi: ikut suka hang la.. tp jgn bg aku nampak muka lam tue.. aku tabuh smp lunyai satgi.. muka ja lawa. perangai mcm pelaq..

ana: sabaq ummi na? kalau hang x bg nur tumpang sini xpa la.. nur p bilik org lain..

ummi: da2.. aku sekeh satni.. dok sini.. mkn dgn aku satgi..

episod ini berakhir dgn air mata dan sedekit ketegangan kerana ana d landa demam exam yg seperti semua maklum d matrikulasi exam nya sgt2 blh buat ana skt jiwa.. ^__^.. lagipun lepas exam ana da cuti sem dan x perlu susah hati nk nengok muka si lam tue..

berakhir sudah semester 1 dan ana meneruskn perjuangan d semester kedua..ana masuk semula ke matriks dgn debaran.. argh!! kena jumpa lam lg..Allah.. kuatkn semangat aku YA ALLAH!!

1 hari..

LAM:nur,blh awak tlg sy?

ana: (knp lam nie tb2 je baik? nk kenakan ana lg ke? Allah.. beri kn lah aku ilham..)
knp ye? ada apa2 yg blh nur bantu?

LAM:sy nk cerita sama awak... blh x? sy byk takut woo..

ana: i.allah.. boleh.. cerita kn lah..(dlm hati masih debar2.. jgn lah si lam nie naya kn ana lg.. sabar ana pun ada limit juga)

LAM: sy kn waktu cuti hari tue pegi jumpa tukang tilik.. sy mau tny sama dia.. sy mau jd model.. bl blh sy jd model.. dia jwb sama sy.. sy akan patah kaki dalam masa seminggu dr sekarang dan x blh jd model smp bl2.. muka sy akan luka dan berparut.. sy akan jd hodoh wo.. sy amat takut..kalau sudah patah kaki mcm mana mau jd model.. aiya.. ini mcm susah ma..

ana: mari sy cerita kn awak ttg agama sy.. nk dgr?

LAM:erm.. sy slalu kutuk lu punya agama.. xmrh ka?

ana: (dengan tersenyum) agama sy mengajar penganutnya supaya tidak mrh pd yg tidak tahu.. dan mengajar pd mereka supaya mereka tahu.. itu lah agama sy.. ISLAM..

LAM:boleh la.. sy sudah manyak pk.. pening..

ana: erm.. dlm ISLAM ALLAH melarang hambanya supaya bertemu dgn tukang tilik.. krn setiap kejadian adalah qadak dan qadar dr Allah dan kita sbg hamba hanya blh berusaha berdoa dan bertawakal.. sesungguh nya Allah shj yg menentukan setiap peristiwa dan kejadian..

LAM: Allah tue sapa? tuhan awak ka? dia mcm mana?kenapa org islam nie hamba pd tuhan dia..? sy pelik la sama wak nur.. awak sembah benda yg awak x nampak..

ana: hihi.. sy sembah Allah yg wujud cuma sy xdpt melihat kerana zat NYA sgt agung smp sy x layak melihatnya.. agama awak sebaliknya.. awak menyembah tuhan yg awak sendiri blh bina..awak sembah tuhan yg tukang2 bina itu cipta.. andai tuhan awak hilang 1 tgn,awak bina tuhan lain.. tuhan sy sebaliknya.. tidak dpt di lihat tp ia ada..sy jadi hamba kepada tuhan yg mencipta sy.. cuba awak tgk luar sana.. laut langit awan burung .. sapa yg cipta? awak kah? atau abg awak y taiko besar tue? itu semua Allah yg cipta dgn kasihnya pd kita..

LAM: burung laut langit .. itu semua kn nature.. dia mmg ada da la.. eh.nur.. awak jgn tipu sama sy aa.. tuhan sy lg hebat dr tuhan awak..

ana: kalau tuhan awak hebat.. knp tukang tilik awak kata awak akan patah kaki dan x dpt jd model? tuhan awak tidak dgr doa awak kah? awak kn mahu jd model. hebat kah tuhan awak?

LAM: eleh.. tuhan awak pun sama.. eh nur,cuba awak tgk kwn2 awak yg study teruk2 tp tuhan awak x kasik diorg pas exam pun.. lg teruk result dr I..

ana:erm.. (hembus nafas pjg2.. kasik masa ana nk pk jawapan yg blh buat dia faham).. Allah menjd kn sesuatu sesuai dgn kemampuan hambanya..ALlah Maha Tahu.. dia tahu kwn2 sy blh tahan sedihnya gagal dlm periksa sbb ganjaran nya pasti manis..itu menunjuk kan kekuasaan nya.. Allah blh buat apa shj..

LAM: da la.. I xmau dgr lu bebel.. I rasa nk sepak je quran lu kalau lu kasik gua bc..

ana:ye.. sy x kasik awak bc.. jd jgn berani sepak quran sy.. kalau awak sepak,awak bukan shj cari pasal dgn sy.. tp awak cr pasal dgn seluruh umat ISLAM! sy mampu bersbr dgn penghinaan awak.. tp syg nya awak terlalu bodoh smp menghina agama org lain.. ini tuhan awak ajrkah? sy benar2 doakan awak dpt yg terbaik.. tp kalau benar awak da patah kaki.. awak jgn cr sy.. sy x blh tgk kwn sy susah nanti sy nangis..

(lalu ana pun pergi dan menggunakan kuasa veto ana sbg ketua blok lalu memohon penukaran ke bilik lain.. yes! bukan takat ke bilik lain.. ana dpt pindah ke blok lain tp masih jd ketua blok yg sama.. wah2.. skang ana x perlu risau pasal LAM sbb ana dpt duduk bilik sorg2..semenjak tue ana x amek tahu pasal lam.. maklum lah.. ana makin sibuk dgn blajar dgn jawatan ana.. smp mmg ana hampi2 lupa kewujudan dia dlm masa x sampai 5 bulan d matriks..)

erm.. nanti ana sambung lg ye?

~cahaya~
READ MORE -

Friday, December 24, 2010

Allah repeal..





Assalamualaikum…
Blh x kali nie ana nk kasik entry best? Best kat ana lah.. xtau lah kt org lain gane kn.. gini lah.. semenjak dua menjak dan ntah menjak2 mana ana dok dgr org bual isu kristianisasi.. org non-muslim pegang al quran..kalau isu politik.. ade isu imam jumaat doa org lain masuk islam.. ada jugak perwakilan yg non muslim tp ckp pasal tafsir ayat.. erm.. gitu2 lah isu nye.. ana bukan lah org yg faqih pasal semua isu tue..

Cuma ana perasan yg umat Islam kita nie seolah terlalu takut pd kitab agama lain.. termasuk lah bible.. nk pegang pun gigil.. apatah lg nk baca dan kaji.. tp nk gaduh bl org guna ayat quran..

Meh ana kasik tgk bible.. mau? Nk jugak.. nie bible yg ana amek kt umah umi sbb bible ana da hilang.. erm.. ana asyik sorok takut mak abah tgk.. yer la.. diorg nanti p kata ana jd set tudung labuh tp pakai rantai salib pulak.. susah ana nk menjwb..

Nie bible simple je..

Ok.. apa yg ada dlm bible? Kalau tgk dpn biasa je.. mcm buku ensiklopedia je..

Kita bukak blakang dulu.. ok.. kat blakang nie ada peta yg menunjuk kn tanah suci bg agama kristian tp ada beza la d antara old testament n new testament.. kalau org muslim baca.. dia akan ingat mcm perubahan kiblat dr masjidil aqsa ke kaabah.. erm.. tp sebenarnya x pun..

Lepas tue.. ada ape lg? ada `combat kit` nk buat mende combat kit nie? Ha.. nie yg best ana nk bgtau..dlm combat kit dia ajar org2 kristian mcm mana nk putar belit.. supaya kita org muslim keliru.. if anyone have read this kit i`m sure they notice a sentence.. “what is the muslim response to this Christian onslaught?” tahu apa maksud ayat nie? Erm.. cuba cr n u`ll know.. best kn?..
Apa tujuan ada kit tue ye? Sebb dlm tue ada bgtau yg bible dah d terbit kan lbh dr 200 ribu bhs malahan lebih dr 2 ribu lebih utk berbagai dialek bhs arab(blh cay eke kristian nie? Ntah2 dia kasik up sindri)..ntah la.. yg ana faham.. sebb dah ada bible yg dlm bhs arab,depa dok ajar mcm mana nk putar kn ayat dlm bible supaya blh jd mcm bunyi ayat quran.. (agak2 blh ke ayat manusia lwn kalam Allah yg xpernah da mana2 manusia pun blh lwn)..

Shbt ana pernah kata.. kristian x takut pun nk terbitkn semua benda nie.. sebb ape? Org islam takut nk baca.. mereka pandang rendah kt kita.. memang la.. mak2 kita kalau Nampak anak kwn dgn non muslim pun kadang2 blh jd isu.. tp bl Nampak non muslim tue baik baru bg berkwn..

Sorg kwn non muslim ana pernah kata.. kalau kau bg aku holly quran kau,aku sepak je.. ana senyum je waktu dia kata.. skang dia da masuk islam.. ana tny,kau ade sepak x quran aku? Sbb aku nk sepak kau balik.. dia pulak yg nangis2 baca quran..erm..

Ok,back to bible.. itu lah surface citer yg ana blh citer dan bgtau pasal bible.. i.allah ada rezki ana sambung lg bgtau.. kalau ana salah tlg betul kn.. i.allah..

~cahaya~
READ MORE - Allah repeal..

Thursday, December 23, 2010

assalamualaikum..

ana sedang mendengar bait2 kalimah tauhid sewaktu menaip entry nie.. erm.. `lailaihaillallah..`.. hati ana mendayu utk bercerita..

d saat2 ana x blh tdur.. ana teringat sewaktu d kmj dulu.. ana xtdur smp 3 minggu.. ana ke kelas dgn mata mcm panda.. tutorial x buat.. ana amek pisau dan kelar2 tgn ana.. bdn ana rasa skt sgt2.. dan d saat itu juga Allah uji ana.. mak dan abah x dpt terima hakikat yg anak dia skt pelik.. ana sendirian.. punya shbt j.. tp ana masih rasa yg ana seorg.. x punya siapa..hanya Allah..

kadang2 ana berteleku d tandas sorg2.. sbb ana lupa cara nk berwudhu.. ana basuh kepala ke kaki.. kadang2 ana berdiri tp x solat2.. ana lupa cara nk solat.. kadang2 da solat ana lupa bacaan nya.. terasa berputar sekejap dunia ni..

td ana ada melayari utube.. meninjau2 tinggalan video2 shbt ttg kenangan2 d kmj.. Allah.. andai ana x skt,mesti ana bersama mereka.. bersama kegirangan.. bersama berjaya..

jujurnya.. ana hilang semangat ana hari ni.. andai ada sesiapa blh bgtau, d mana sepatutnya semangat itu ada.. tlg lah bgtau ana..kadang2 ana rasa.. apa hikmahnya ujian semua ni pd ana? shbt ana pernah berkata "fazi,aku xtau aku mampu ka dak nk tanggung ujian yg hang tanggung..".. ana tersenyum buat2 bangga dgn kekuatan yg sebesar kuman nie.. kalau blh ana nk jerit.. sekuat2nya.. YA ALLAH! campak lah kekuatan buatku! bukan ana khuatir Allah x dgr doa ana.. ana khuatir Allah x makbul kn doa ana krn ana x bersungguh waktu berdoa..

tertunduk ana.. berteleku sesaat dua.. dgn umur yg bakal mencecah 22 tahun.. ana bergantung pd semua.. keluarga,shbt2 jemaah..ana x pernah mampu berdikari..

terkadang ana mengira detik demi detik.. bl akan semua ini berakhir? terkadang ana jd seorg yg sgt sensitif dan selfish.. Allah.. teruk benar `cahaya` ini ya Allah..

mampukah ana jd `cahaya` sedangkan cahaya perjalanan ana sendiri masih suram..

~cahaya~
READ MORE -

Wednesday, December 22, 2010

assalamualaikum..

ana xtau nk letak tajuk ape.. hati ana mula gusar kn dunia..knp? knp ana gusar?
krn ana membesar dlm linkungan manusia yg meletak kn ISlam sbg luaran bukan dalaman.. blh pch kepala kalau d fikir..

ana gusar nk mulakan bicara.. krn ana takut ujian ini berpaling pd ana.. Allah.. mampu kah ana tahan atau ana pun tersungkur. juga.. moga Allah pelihara ana dan keluarga ana..

bl mana menjadi seorg yg berniqab.. ana seringkali jd bahan bualan keluarga.. contohnya kalau ana termelatah kadang2 tersebut "b**i,mak kau b***h dan mcm2 lg"... akan ade yg kata.. ha. tue ustazah.. tutup sana sini tp ckp mcm dajal.. mmg nk nangis.. kadang2 rasa nk pg dekat org yg ckp tue nk amek mulut dia buang..tp itu bukan akhlak yg d tunjuk kn oleh rasulullah saw.. tanda kasih ana pd rasul,ana ikut akhlak nya.. kata lah..

erm..ada juga isu niqabis couple.. couple mcm mana? couple islamik.. ade ke? ntah la.. mcm2 ust da bahas isu nie.. mcm2 dalil da d keluarkn tp akhirnya set2 alim kulit nie akan ckp.. "kami tahu apa kami buat.. enti tue yg masih baru pakai niqab tue pun kadang2 tanggal jgn nk tegur org..".. Allah.. erm.. pakaian tue buat kita jd hebat ke? percayalah.. andai niqab nie buat ana rasa lebih hebat dr org lain,ana akan tanggal kn.. knp ana berckp isu couple dan pergaulan? ana syadid sgt ke? mende nye ana syadid.. ana pun berbual dgn muslimin.. dan ana xde masalah kalau muslimin tue nk taaruf.. cuma izin kn ana ckp sesuatu.. set2 niqabis dan ust2 janggut nie mesti ilmunya lbh sket dr org2 biasa.. kn? yer la hafal2 quran segala.. tp mmg la ilmu kita nie x smp setitik pun dr air semua lautan.. cumanya.. ke mana ilmu tue kalau x bukan utk kebangkitan ISlam..

erm.. bl set2 niqabis couple.. agak2 dia msg ape? ingat tiap2 hari nk msg tafsir quran ke? erm.. ingat dlm bual2 panggil ana enta enti tue x sebut perkataan syg? erm.. kalau dok sebut syg2 tue.. kira mcm mana? pahala ke? nie nk pakai dalil ape? tidak Allah mengasihi seseorg itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya seperti dirinya sendiri? kalau syg kn si niqabis tue,ana cabar muslimin tue pg perang dan korban kn nyawa nya.. sure jd issue.. kalau ana mati siapa nk tambah bilangan ummat?

nampak x apa yg ana cuba bangkit kn? x kisah siapa pun kita berapa puluh kitab pun yg kita hafal bl mana bicara isu nafsu nie sape2 pun x terkecuali.. x kisah la niqabis ke.. ust jangut ke.. kalau da buat ape yg islam x suruh.. yes,u`ll get it.. syaitan akan main peranan sebaik2nya.. erm..kita seolah serah kepala nk d main kn syaitan bl mana ia berkait dgn isu nafsu..

~cahaya~
READ MORE -

mak abah.. jgn pergi sebelum adik..

assalamualaikum..

mood entry kali nie.. sayu.. ~__~..itu ke muka sayu? ntah la.. erm.. pagi semlm agak terkejut.. abah masuk bilik pukul 5 pagi..nk cr baju sejuk katanya.. ingat kn abah sejuk dok dlm air cond.. rupanya nk bwk mak g hospital.. nk pakai baju sejuk.. hospital sejuk.. Allah.. dgr mak atau abah skt.. rasa nk pch dada.. pada hal.. baru je berbual dgn mak sebelum tdur pukul 2 tue.. pukul 5 mak skt..

terus bgn.. kalau ikut hati.. nk je drive mak ke hospital.. tp x mampu.. perut pulak baru lepas operation..hati terus menunggu.. smp lah dlm pukul 11 abah call mintak tlg masak kn bubur utk mak.. lega..tgk mak balik nampak x bermaya.. tp mak ana nie kuat hati org nya.. abah pun kata... kalau mak kata nak.. maksudnya mak nk... mak gagah juga nk ke kulim amek nenek d rumah umi..

mcm baru teringat je..waktu ana skt teruk.. mmg nk mengalah je.. bdn ana skt sgt.. ye lah.. kalau berubat skt mistik,org mesti pegang kita kuat2 kn? skt sgt2.. dan benda tue pulak mmg xnk bg ana p kelas atau amek exam.. ana kadang smp peluk2 tiang nk berdiri.. belum nk berjalan ke kelas.. mmg nk mengalah sgt.. ye lah.. umur ana da nk masuk 22.. tp masih baru sem 3 diploma.. bayang kn lah bl ana nk mula kerja(cetek kn pemikran ana?)..

ana ingat lg. mak peluk ana tiap2 malam..dan bisik.. adik kena kuat.. adik kena kuat.. kuat utk Allah... adik anak mak.. adik kena kuat.. sayu sgt.. waktu ana kena operate dan waktu tue jugak tgh musim final.. sekali lg ana patah semangat.. rasa gelap dunia ana.. mak sekali lg peluk ana.. kuat ye dik... kuat.. kita ada Allah.. kuat ye dik....

menitik2 mata ana tulis entry mlm nie.. mmg ana sayu.. sayu dgn pengorbanan mak abah ana..sayup2.. ana dgr lagu ke makam bonda sambil menaip entry nie..Allah ..sayu..

erm.. ana ingat lg waktu ana gagal d matrikulasi.. abah mrh sgt. abah kata ana gagal sbb couple..lupa ana nk bgtau kat abah.. anak abah nie xlawa pun bah.. nk couple pun x sanggup..bl surat sijil yg gagal tue smp rumah abah renung je muka ana.. abah tny.. adik xblh buat ka? awat x habaq awai2 adik x blh buat? ana diam je.. bukan ana x pernah habaq yg ana skt cuma abah yg x mampu terima..

abah x p surau.. malu agaknya dpt anak mcm ana..

waktu ana berubat d darussyifa,ana ada fasa sedar dan x sedar... ana dgr abah mrh.. keluar dr bdn anak aku..nie anak aku..

kalau solat mlm.. dlm sujud ana,ana terngiang2 kata2 abah.. nie anak aku.. anak aku.. ye.. adik anak abah..

sayu hati ana mlm nie.. hebat sungguh kasih syg.. bisa buat kita kuat bisa buat kita lemah.. kadang2 ana terfikir..blh ke ana berdepan dgn kehilangan..? hatta kehilangan hp pun hati ana teringat smp 2 tahun..

Allah.. knp ana mintak ana pergi dulu sebelum mereka? sbb ana nk berikan hak mereka.. hak mereka utk tgk ana berjaya..

~cahaya~
READ MORE - mak abah.. jgn pergi sebelum adik..

Monday, December 20, 2010

assalamualaikum...

sy mulakan entry kali nie dgn senyuman.. guna sy lah pulak ye? kata ganti nama pertama bg diri..

gini lah.. semenjak dua menjak nie.. byk nye soalan dr shbt2.. nur.. bl nk kwen? da ready nk kwen? kalau kawen jgn luoa jemput ye? eh,nur da ada calon ke? org mana nur? dan mcm2 lg lah soalan yg mereka2 rasa sesuai nk tny pd sy.. erm.. ana tersenyum dgn soalan2 gini.. al maklum lah.. ana berkawan dgn kawan2 yg berteraskn agama d mana mereka rata2nya memilih berkahwin sewaktu dlm lingkungan umur ana.. dan nasib ana jugak lah sbb kwn dgn akak2.. last2 ana yg kena buli sbb x kawen lg..

ana sbenarnya malas nk jwb soalan2 mengusik jiwa begini.. maklum lah.. semenjak ana skt.. ana mmg segan sgt dgn muslimin nie..kadang2 ana rasa kalau ada muslimin kat 1 majlis... ana x mau g..teruk kn? sian muslimin.. hihi..^__^..

nk jd cerita juga.. skang nie mcm tgh musim je org nk melamar ana..ntah la.. tgh musim melamar beramai-ramai kot..@__@.. ana mmg menolak selembut mungkin.. ana kalau blh xmau ckp yg ana skt.. ye la.. aib kn? sian depa kalau nikah dgn ana.. sia2 perjuangan.. ana nie sayap kiri yg cacat.. cr lah yg sempurna ye?

gitulah al kisah nya.. ada juga yg ana mmg ckp yg ana skt.. ust.. ana skt ye? cr yg lain lah ye? ada yg redha bl ana menolak.. ada yg bersungguh nk kn ana.. Allah.. ust2 yg ana hormati dgn ketinggian ilmu.. betapa tinggi nya hormat ana pd kalian smp x sanggup nk cemari perjuangan kalian..

ada juga akak2 yg kata.. nikah nanti sembuh la skt nya nur.. erm.. gamble je semua nie.. nie urusan Allah.. sabar la.. kasik ana tahan diri ana dulu.. izin kn ana beradu dgn yg mengganggu ana.. ana juga mahu menang dlm perlawanan gangguan nie.. ana boleh. insyaallah.. ana mampu dgn izin Allah.. doakan la ye?

urusan jodoh nie ana serah pd Allah bulat2.. bukan ana menidak kn usaha mencr jodoh.. tp kalau mmg da jodoh ana umur 21 atau 22.. ana tolak pun masih smp juga kn? ana yakin sepenuh nya dgn kuasa Allah.. erm.. jadi.. jgn lah mengeluh pasal jodoh nie ye?

alhamdulillah.. lega ana rasa lepas da luah kn yg terbuku d hati ana nie.. maklum lh.. ana nk bual dgn akak2 ana,depa mana faham pasal jemaah dan konsep khitbah nie.. kalau ana habaq gak.. kak2 ana sure panggil ana ustazah gatai punya.. abg2 ana lg lah.. protective smp ana rasa ana jd andartu kalau ikut depa.. *__*..

terus senyum walau payah ye? dan ana ingin biarkn semua kisah ana jd angin dan debu.. wujud tp x dpt d lihat..

~cahaya~
READ MORE -

Friday, December 17, 2010

assalamualaikum..

apa ana nk citer kali nie ye? sebenarnya ana masih d ulit dgn kenangan2 sakit d matrikulasi.. erm.. sakit mistik ana tue lah..

selalunya soalan2 yg d aju kn..ape yg kamu nampak? adik nampak ape? ko nampak ape? erm.. nk tahu apa ana nampak ye? ana ckp.. jgn takut ye?

mula2.. ana x perasan ana sakit..ana cuma ingat yg 1 mlm.. ana tidur dan ana nampak ade perempuan selak langsir bilik ana d matriks.. lepas tue seingat ana.. segalanya berubah..ana selalu kena mrh tp ana x sedar bl ana buat salah.. ana mula perasan tiap kali ana nk solat rasa mcm lemah.. kadang2 ana pengsan smp waktu seterusnya tanpa solat waktu sebelum nya..

dan.. ana perasan yg ana menyampah sgt2 lah tgk shbt2 jemaah ana.. especially yg paling dekat dgn ana.. ada juga yg ana xde punca g mrh2 dia.. dengan umi. lg lah.. puas gaduh..

byk kali juga umi dan abi usahakan ana berubat dgn ust2 jemaah.. dan tiap2 kali sakit atau berubat,muslimin jemaah yg pegang.. erm... Allah. malu.. mmg mereka yg pegang tue org2 yg blh d percayai dgn ketinggian ilmu.. namun hati ana masih malu..

smp skarang ana rasa rendah diri sgt2.. kalau nk g gerak kerja pun ana malu sgt2..Allah.. malu dgn muslimin.. muslimat.. dgn mas`ul.. kadang2 rasa xnk g gerak kerja.. tp roh ana x mampu nk pergi jauh dr dunia ini.. dunia yg ana suka..

penat sebenarnya skt gini.. ana kadang2 x larat nk g kelas..
rasa mcm ada yg pijak2 belakang ana.. lebam2 jgn ckp lah.. mcm kena belasah.. ana pernah merangkak ke kelas.. paut tiang.. org ingat skt ape la agaknya..

kenangan da smeua tue.. skang ana da byk ok dah.. alhamdulillah.. ^___^..

nanti ana sambung citer lg ye?

~cahaya~
READ MORE -

Monday, December 13, 2010

i`ve ruin my biological clock

assalamualaikum..

erm.. sebenarnya da dekat sebulan x tdur dgn sempurna.. semenjak operation lah.. org tdo waktu mlm.. nie x,ana tdo dr lepas asa smp pukul 3.. bgn bl azan je.. solat dan mesti tdur semula.. erm.. mmg bdn atau kepala x pening atau letih cuma ini kn x normal waktu tdurnya..

namun hati syukur.. bdn seolah2 da terlatih nak bgn qiyam.. selama nie,mesti bgn qiyam pukul 5.. erm.. setengah org kata da lewat.. ana suka qiyam dekat2 nk subuh nie sbb blh subuh sekalik.. ana tahu bdn ana kalau bgn da tdur semula,subuh ana mesti lewat.. jd ana xnk subuh ana lewat..yer lah.. kita kejar sunat yg wajib kita lewat kn.. x baik kn mcm tue? erm.. :).. jd nya,mmg ana akan bgn pukul 5.. boleh solat ke ,xblh solat ke.. ana mesti bgn pukul 5 jugak.. kadang2 tu nk jugak lajak tdur smp pukul 8 tp dah biasa bgn pukul 5.. alhamdulillah..

gitu lah masalah ana.. ana mmg ad amslh tdur walaupun ana senang bgn qiyam.. tension jugak dgn masalah tdur nie.. kadang2 tdur tanpa arahan.. kadang2 nk tdur tp x blh.. erm..

ini mengajar ana pd sesuatu.. bdn cuma jasad pinjaman. walaupun yg kawal adalah kita.. tp yg mengizin kn kawalan adalah Allah.. berpaksi kn Allah..

erm.. skarang sebelum nk tdur.. ana zikir2.. alhamdulillah.. bdn ana tdur.. cuma nya,bdn nie masih juga mampu tdur walaupun ana xnk tdur..

xpe.. ana cuba ubati perlahan2..

~cahaya~
READ MORE - i`ve ruin my biological clock

Sunday, December 12, 2010

tarbiyyah

assalamualaikum..

erm.. ntah lah.. otak nie sebenarnnya ligat je ttg isu gerak kerja.. cuma jasad yg x berapa mampu.. d tambah pulak dgn size yg makin bertambah tembun dan comel momel nie..
rasa nya dah sebulan lebih lepas operation apendix.. mcm x sangka pulak dah pernah kena operate.. waktu kena operate tue x rasa ape2.. berdebar pun x..nk cepat2 ade lah.. sebab da sakit sgt.. waktu doktor dtg tue pun tgh tidur.. sengaja mati kn diri.. x tahan da sakitnya.. rasa panas je perut nie.. da pecah rupanya apendix tue.. barulah tau mcm mana sakitnya.. selama nie kalau dgr org operation apendix,buat biasa je.. dlm hati mesti kata.. alah.. apendix je pun.. rupanya nie lah tarbiyyah.. sakit kat dlm.. org x nampak.. kita je yg tanggung.. bdn mcm sihat.. tp perut mcm tgh ada perang je dlm dia..

kalau nk bersin atau batuk,Allah.. sgt sakit.. nk ketawa pun lg lah ..smp menangis2 je rasanya.. rasa mcm ada benang je dlm perut.. yg tegang sgt.. kalau mkn je.. lepas tue mesti skt sgt.. smp muntah semula..

nie lah namanya tarbiyyah agaknya.. selama nie ana sakit yg org xnampak..
skang ana skt yg org nampak dan boleh tgk mcm mana bukti kesakitan..

tiap kali skt mmg ingat dosa bertimbun.. kalaulah Allah amek nyawa dlm dosa tgh byk..Allah.. mintak simpang..

~cahaya~
READ MORE - tarbiyyah

man ana?

assalamualaikum buat semua roh2 yg sehati dgn ana.. ^_^

sebenarnya ini brand new utk blog ana..
setelah ana biarkn blog ana berkulat dgn isu2 air mata.. rintihan2 jiwa meratap nasib.. ana dah buat keputusan.. xmaulg mengenang kurniaan Allah..

mungkin ada yg pernah bc blog ana.. ana mmg ada sakit mistik.. da lama.. dr umur ana 18 tahun.. smp skarang alhamdulillah terkawal.. dan byk juga natijah yg ana perlu tempuh untuk smp ke tahap hidup ana sekarang.. antaranya.. ana gagal d matrikulasi.. ana repeat paper tiap2 sem.. ana sakit tiap2 kali tamrin dan ana da berjaya belasah mas`ul ana tanpa ana sedar..

erm.. kenangan.. tp xpe lah.. skarang ana da bertekad nk teruskn kehidupan dan jd kn blog sbg wasilah nk memulihkn diri.. insyaallah.. doakan ye? ^_^

ok.. ana nie nama pjg.. tp panggil lah nur.. insyaallah.. masih baru dlm genre penulisan dan ana lebih selesa kepada penulisan biasa dan terkadang ada juga penulisan formal dari ana..

ana lahir pd 21/jan/1989..ana ke 6 dr 7..
ana sekolah biasa.. dr keluarga biasa.. kwn dgn org2 biasa.. tp org selalu kata ana luar biasa sbb ana suka pakai purdah.. erm.. ^_^

xpe lah.. biarkn mereka.. moga mereka doakan ana dgn doa yg baik2..

skarang ana menuntut d uitm arau perlis.. amek accounting walaupun dulu cita2 ana nk jd doktor.. skarang ana masih simpan erat2 lagi cita2 dan ilmu kedoktoran yg ana pernah bc suatu masa dulu..

itu je lah kot pasal diri ana yg x seberapa ni.. cumanya ana d lahirkn oleh mak yg hebat dan d didik oleh abah yg mantop! terima kasih Allah sbb bagi mak abah yg best pd ana..

itu dulu lah utk hari ini..

~cahaya~
READ MORE - man ana?

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP