Wednesday, March 14, 2012

*~* BuLaN dEpAn *~*


BUSUKNYA!!!!

Assalamualaikum wbt..

mencakna cerita-cerita dunia seperti Syria, Yaman, dan Mesir membuatkan kita lupa dengan cerita-cerita setempat yang di pandang enteng. ana mengajak akal-akal dan buah fikir kalian untuk mencakup isu yang agak berat juga pada hemat buah fikir ana.. KEBERSIHAN..

suatu hari,dalam kesibukan mengejar masa untuk mengisi ruang-ruang yang ada..di celahan waktu yang sempit..terbatas dengan urusan kelas dan pengajian..ilmu-ilmu kitab dan ta`lim..hidup ana tersekat apabila melintas di hadapan sekumpulan muslimah...tersentak sebentar hidup ana..langkah yang sememangnya sudah ke depan ana tarik semula ke belakang..mengundur..seolah-olah mencari sesuatu..ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan yang baru ana lintasi..mendesut-desut hidung ana..umpama anjing yang mencari makan..namun ana terbau perkara yang kurang menyenangkan..setelah ana amati dan ana telitikan..SAH!! bau haruman SEMULAJADI...Allah...tercari-cari ana dari mana bau ini datang..nampaknya bau ini dari kelompok muslimah tadi... Allahurabbuna...JEM!

hendak ana tegur,itu mustahil..hendak ana nasihati,ah! layak kah? akhirnya ana pergi dengan seribu satu tanda tanya..aku yang terlalu pembersih atau sememangnya itu masalah hidup mereka..

beberapa hari kemudian..ana berbual santai dengan seorang sahabat..ayahnya merupakan seorang karkun tegar..meninggalkan keluarga setiap hujung minggu,seringkali menjadi ketua menyampaikan bayan di setiap persinggahan..kiranya,dia melalui hidup-hidup yang jadualnya lebih kurang dengan hidup ana..kami berkongsi isu ini..bercerita tentang pengalaman nya yang berziarah ke rumah rakan ayahnya yang juga seorang karkun..kawasan perumahan yang cantik..sayangnya isi dalam rumah tidak ubah seperti kapal karam..mereka bilang itulah namanya zuhud..tidak kejarkan dunia..ana pula bercerita kisah sahabat-sahabat ana yang seringkali memberi alasan mereka sibuk untuk membiarkan baju bertimbun dan membusuk..jubah yang di pakai,selalunya di ulang pakai sehingga tidak waras untuk ana duduk di sisi mereka.


mulut busuk pun susah juga ya?

kami sepakat menyuarakan ketidakselesaan masing-masing dengan isu kebersihan ini..ana teringat tentang kisah seorang sahabat nabi yang ana lupa namanya..seringkali kehadiran nya untuk solat berjemaah itu di sedari kerana kehadiran nya berselang sehari..apabila di ziarah di rumah dan bertanya kenapa barulah tahu asbabnya..beliau cuma mempunya sehelai baju..jadinya sehari pakai sehari basuh..mungkin begini ceritanya ana pun tidak pasti.namun tujuan utama ana ingin menegaskan kembali tantang isu KEBERSIHAN

ana juga pernah dilingkari kehidupan makcik sewaktu gerakan al arqam masih gah zaman nya..seperti biasa..ekonominya mantap...pengisian ilmunya cemerlang..perjalanan hidup seharian terbaik dengan tarbiyyah..KEBERSIHAN? ana hanya menggeleng tanda protes..


banyaknya sampah!!!

seleret pandang jauh ke tempat idaman..MAKKAH..Allah..ana sahaja terkesima memandang kotak segi empat itu..tempat kiblat umat islam..kesucian nya tidak boleh di sangkal..dengan kisah-kisah seperti ada orang yang bukan islam cuba untuk memasukinya tapi gagal..Allah..sayangnya.kepada yang pernah pergi ke sana..lihat sahaja tandas nya..Allah..geli ana mahu gambarkan..hatta di Tanaim pun tandasnya boleh di katakan di paras yang sama...pokoknya bagaimana?adakah kerana kehadiran yang ramai membuatkan kebersihan tidak dapat di kawal? tanaim pula tidak mengundang banyak tetamu namun masih kotor..Allah3...

isu ini bukanlah isu ringan...ana juga tidak terkecuali untuk di adili dengan isu ini..terkadang di saat badan sangat letih dan timbunan kerja serta tanggungjawab yang banyak..kadang-kadang terabai juga..katil tidak berkemas..baju tidak terbasuh..namun beginilah...ingatan juga buat diri ana..keberihan itu tanggungjawab bersama..memastikan tahap kebersian di paras optimum sebenarnya mencerminkan wajah Islam sebenar..generasi akan datang membesar dengan acuan yang kita cipta hari ini..menjaga kebersihan hari ini bermaksud menjamin kehidupan yang lebih sihat buat generasi akan datang..bagaimana mahu beribadat dalam keadaan kotor kan? hatta bukan najis sekalipun tak kan lah mahu di kendong bau busuk mengadap Allah.. Allahurabbuna...

segala isu yang ana bangkitkan bertujuan jujur untuk berkongsi pendapat dalam memperbaiki situasi..hari esok lebih baik dari hari ini..bulan depan lebih baik dari bulan ini..untuk kita dan generasi akan datang..

~cahaya~
3 mei 2012
READ MORE - *~* BuLaN dEpAn *~*

Tuesday, March 6, 2012

minit-minit yang terlepas...


Assalamualaikum wbt..

salam waktu dhuha... keputusan ana untuk mengeluarkan entry sebelum ini telah mengundang feedback baik dan buruk..ana bukan blogger terkenal..malah ana cuma jadikan blog sebagai medan ana memberi pendapat dan berkongsi pengalaman ana..ana fikir inilah sahaja medan yang ana ada..suara dari pejuang cacat dan hampir tiada langsung jejak perjuangan nya..ana memilih untuk bersuara bisu.. ada yang berkata ana seolah-olah meraih simpati dengan bercerita tentang sakit ana,berusaha untuk menadah kasihan dari pihak-pihak lain..ada yang berkongsi emosi dengan menyelami tulisan ana.. apa sekalipun feedback nya...ana telah berfikir baik dan buruk sesuatu keputusan sebelum ana melaksanakan nya.. dunia ini kawan,cuma tempat bersinggah..akan ada yang suka denganmu dan akan ada yang membenci..they have not been in my shoe..and i wish Allah won`t let them be..

hari-hari sememangnya berlalu dengan sangat pantas...hingga hampir ana tidak sedar dengan masa-masa yang terlepas.. berhempas-pulas untuk mewaraskan akal demi mengulangkaji pelajaran...minggu peperiksaan..urusan-urusan dengan pensyarah yang terbengkalai..sungguh..ana bermain dengan api..cuba menyelesaikan semuanya di minit-minit terakhir..manusia itu di cipta dengan tekanan...jadi,tekanan lah yang menjana ana untuk bergerak walau payah..ajaib kan?

selalunya..andai sakit melampau tiba,ana memaksa mata untuk pejam..tidur sepanjang hari..hanya bangun untuk solat dan mandi..dan tidur semula..sehingga ada yang berkata..`untunglah..tidur je keje ko`..ana senyum..tidak mengapa kawan..engkau tidak mengerti azab dunia yang aku tanggung..malah aku tahu ada yang lebih teruk dari aku.. ana pilih untuk mendiamkan diri..lebih mudah dari bercerita yang ana sakit..dan akhirnya muka-muka sedih akan hadir di bilik..maaf kawan..aku belum mahu mati..urusanku belum selesai..

pernah beberapa kali ana dinasihatkan untuk menangguh pelajaran atau berhenti sahaja..lebih mudah kata mereka..rehat di rumah..bila dah bertemu jodoh,kahwin..suami yang jaga..hati ana mula melatah..`pendek sungguh akal kalian..`ada juga yang bertanya kepada ana secara terbuka..untuk apa memaksa badan sesusah ini? berhabis duit.. ana tersenyum..aku dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat menghargai ilmu.. aku ini di didik juga dengan ilmu..aku berjanji dengan hati seorang ibu,hidup matiku dengan ilmu..aku telah menyusahkan ibu aku sejauh ini..maka akan ku langsaikan hutang-hutangku dengan ibu.. bila di kenang-kenangkan semula..tidak semua ibu bapa yang sanggup mengambil anak yang berumur 23 tahun dan menghantar semula di pagi hari esoknya..menunggu pula sehingga habis kelas..terkadangnya sesi ini berlanjutan sehingga beberapa hari..hebatkan ibu bapaku? atas alasan ini,ana gadaikan maruah ana berdepan dnegan malunya jatuh bangun kehidupan demi ilmu yang ibu bapa ana dambakan untuk anaknya.. abah pernah berkata..anak perempuan itu tanggungan bapanya.. jadi ana ini sahamnya abah ana untuk ke syurga kerana tidak mengabaikan tanggungjawab..hebatkan? Allah Maha Hebat..yang berpenyakit dan bersabung nyawa itu ana..yang mendapat hikmahnya hati seorang ibu dan ayah..sesekali ana terdengar abah mengeluh tentang sedih dan susah nya dia..percayalah..tidak sekali ana tinggalkan solat malam tanpa doa-doa ana untuk mereka..

dahulunya,ana mengidamkan untuk menjadi seorang doktor yang huffaz..mahir dengan al quran..ana bermimpi untuk merawat sambil membacakan ayat-ayat suci al quran pada pesakit-pesakit ana,ana terfikir untuk mencuba menggantikan anestatik dengan khayalan hasil dari kalimah suci..jauh kan angan-angan ana? itu kisah lama..ana bukan lagi seorang pelajar perubatan..sebaliknya ana pelajar ilmu perakaunan..ana bukan lagi huffaz..cuma mantan huffaz yang bergelut dengan dunia untuk mengekalkan hafazan nya.. abah dan mak pulak..pesara guru dan pembantu makmal yang kini bergelar perawat sepenuh masa Darussyifa..merekalah yang kini merawat dengan kalimah-kalimah suci..merekalah kini yang menguasai ilmu-ilmu yang ana mimpikan dulu..sekali lagi... hikmahnya sakit ana ini sebenarnya pada mereka..

Allah itu tidak menipu..Maha Adil...Maha Agung..Maha Mengetahui..Maha Pengampun..hebatnya dunia ini untuk ana jelajahi..semakin ana rasakan umur ini pendek..semakin ana menghargai minit-minit yang telah ana lalui..mungkin selepas ini..nafas ana berhenti..entah kalimah apa yang bakal meniti di akhirnya nanti..ana pohon moga itu kalimah suciNYA..

~cahaya~
11.24 pagi
ruang tamu
READ MORE - minit-minit yang terlepas...

Sunday, March 4, 2012

Please someone...please cut my vein..

Assalamualaikum...

lama benar bersawang laman ini.. ledakan emosi yang ana pikul seringkali membuatkan ana berada pada paras kurang waras untuk berbicara..

memendam rasa sakit yang bagi ana amat sangat dan percubaan untuk menulis pada paras neutral selalunya tidak berkoordinaasi..tahap penaakulan pulak yang sememangnya tidak stabil dan berbagai halangan jiwa mencipta ke arah laman sesawang ini bersawang secara ekstrem..Allahurabbuna...

ana baru selesai menjelajah ke dunia blog..seperti biasa..ana lebih selesa melayari blog beremosi seperti pengalaman dan pandangan berbanding blog humor dan blog-blog yang pada hemat ana `bajet cute`..

mawarnafastari,nafastari,mawarberduri dan berbagai lagi blog yang seringkali ana singgah..acapkali juga airmata ana turut tumpah...

seperti kisah mawarnafastari..kisah benar kehidupan hamba ciptaan Allah..seorg ibu muda...kehilangan suami sewaktu perkahwinan di usia awal tahun ke-3...ana kalah dengan emosi tatkala membayangkan bagaimana `survive` nya dia..berlawan dengan emosi dan kehendak dunia dalam masa yang sama..tersemat erat di minda ana...~perkahwinan yang singkat dan menyenangkan,moga kita bertemu di sana~

please someone...please cut my vein...~ entah berapa kali ana lafazkan frasa ini di alam maya..entah berapa kali ana merayu pada dunia..tolong lah..tolong potong urat nadiku...memikul sakit dan dugaan yang bagi ana tidak adil ini secara bersendirian membuatkan ana kurang waras dengan tuhan...kenapa mesti ana yang sakit? kenapa mesti sakit selama ini? kenapa mesti hilangkan sekali kawan-kawan ana? kenapa mesti hilangkan juga kejayaan yang pernah ana raih? kenapa mesti ana? kenapa bukan cahaya yang lain? kenapa bukan nur yang lain? dan KENAPA!?


~terkadang,ana jemu sakit sendirian~


melayang jiwa ana pada tahun 2007..ana mendaftar ke Kolej Matrikulasi dengan tekad..`i wanna be a doctor`...gaya,perwatakan,pakaian,agama...ana didik sebaik mungkin..ana tinggal segalanya yang pada hemat ana menjadi halangan pada cita-cita..ana tinggal kan cinta..ana tinggal kan hiburan..urusan ana..buku,ilmu,kawan-kawan,keluarga,amalan, dan jawatan..mungkin pada waktu itu ramai yang melihat ana sebagai makhluk ciptaan tuhan yang sempurna dari segi akal,fizikal dan kurniaan..

di mana salahnya pun ana tidak pasti..di mana mulanya pun ana sudah lupa..ana terlibat untuk membantu seorang penghuni kolej yang di landa kerasukan melampau..lebih dari seminggu kami bergilir-gilir berkawal di biliknya..kebetulan ana menguasai ilmu al-quran secara hafazan dan memikul gelaran hafizah di bahu,kawan-kawan yang lain meletakkan keyakinan kepada ana..andai ana ada..kawan yang sakit itu tidak pernah meracau..sewaktu ana ke kelas dan di ganti dengan kawan yang lain,nah..bertukar situasi..dan di sinilah bermula kisah ana..

yang sakit sudah berhenti belajar..ana pula meneruskan pengajian ke tahun ke-2 dengan CGPA 3.97.. bersedia untuk menandatangani akur janji biayaan biasiswa..ana megah dengan kejayaan yang ana cipta..sayangnya itu tidak lama..satu malam,ana ke tandas. sendirian..sewaktu berjalan balik ke bilik,lampu-lampu koridor seolah menuruti langkah-langkah ana. ana ke depan,lampu di depan menyala dan di belakang akan padam. selangkah ke depan lagi,lampu seterusnya pula menyala..ana berlari ke bilik,masuk dan boom! terus tidur..ana simpan rahsia malam itu sendirian..malam seterusnya. ada yang mengetuk pintu..seingat ana jam 3 pagi..ana yang sememangnya sangat mudah terjaga dan berkedudukan paling dekat dengan pintu,bangun dan tergerak hati untuk melihat isi bilik..cukup 4 orang...siapa yang mengetuk? ana buka juga pintu..tiada siapa..cuma angin yang sangat kuat..sejuk!cerita ini juga ana simpan erat-erat..


~doa tidak akan berhenti~

rupanya inilah permulaan kisah hidup ana untuk tahun-tahun mendatang..episod hidup ana berubah selepas sorotan kejadian malam itu..ana tidak mampu ke kelas...sakit seluruh badan. menyucuk..tidak mampu tidur..3 bulan ana seperti mayat hidup..hendak mengadu pada ibu ayah..mereka seolah tidak mengerti saat itu..ana di tuduh malas belajar..ana membawa diri..menahan sakit yang ana tidak mengerti..solat dan zikir menjadi urusan yang terberat untuk ana pikul..saat mahu solat..ana pengsan di tikar sejadah..hanya terjaga setelah waktunya tamat..ingin mengaji..lidah ana kelu..huruf seperti tidak ana kenali..ini berterusan..kawan-kawan hilang dari pandangan..yang menjaga masih ada..cuma ana faham..mereka juga manusia yang punya urusan peribadi sendiri..lantas ana memilih untuk membawa semua masalah sendiri.. natijahnya..tahun kedua tamat dengan CGPA 0.74..

abah tebal muka..mak mendiamkan diri..ana? berkira-kira untuk lari dan membunuh diri..rasa benci yang amat sangat tatkala melihat wajah sendiri..berat badan meingkat mencecah 100kg..walaupun ana tidak makan dan sering muntah..

abah berusaha mendaftarkan ana ke uitm dengan bantuan seorang saudara `guna kabel` kata orang kampung..anan mendaftar dengan perasaan yang bercelaru..andai di tempat ini,masih akan terganggu kah? seminggu pertama buat ana tersenyum..menjengah minggu kedua,ana mengerti..gangguan itu masih ada..kadang ana merangkak ke kelas..masih lagi ana ingat..sewaktu minggu-minggu peperiksaan..ana ke dewan dengan di hantar oleh motor..ana tidak mampu berjalan..sekali lagi..keputusan nya 2.43 dengan 1 repeat paper.. subjek perakaunan..sedangkan pelajar diploma perakaun!!!! menebak marah seorang bapa..anak yang dulu megah di banggakan..kini hilang taringnya..menjadi seorang adik dengan berkakak dan abang graduan-graduan perakaun,ana kalah di asak pertanyaan..bukan tidak pernah ana berbual dengan abah..mengadu pada mak,abang,kakak..adik sakit..hasilnya? psikologi jah tu..jangan di layan...ana kembali membawa diri sehinggalah terjadinya satu insiden..ana mengamuk sewaktu tamrin di kawasan kem di perlis..ntah apa yang berlaku ana pun tidak pasti..ana lupa..dan tidak mahu tahu..semenjak itu mak dan abah mula menerima ana..malah mendaftarkan diri untuk berguru dengan Al-Fadhil tok guru Harun Din untuk menuntut ilmu rawatan DArussyifa..mereka berjaya...dan ana kira ini lah pengakhiran sakit ana..

sayangnya..Allah sangat sayang pada ana..ana di bedah beberapa kali,pada tahun 2010 dan 2011..menangguhkan pengajian sebanyak dua semester..kata doktor..ana mempunyai ketumbuhan di rahim..KANSER kah? terduduk ana..bencikah kau pada aku tuhan? Allah..ana menjerit sekuat hati..andai kau boleh rentap perasaanku,rentap jugalah nyawaku..Allah..beristighfar ana..hati ana layu..jiwa ana lesu..


~kembali~


semester ini..tahun ini..menjadi pelajar semester 6 namun masih berusaha manghabiskan subjek-subjek yang di bawa dari semester 4..untuk berjalan ke kelas itu sudah amat payah..rahim ana seperti mahu jatuh ke lantai..ana berjalan dengan memegang perut..seringakali juga..tulang-tulang ana sakit..beberapa hari sebelum Ramadhan tahun lalu..ana terbatuk-batuk sewaktu membaca al-quran..terpercik warna-warna merah pada helaian musyaf..ana kira anak tekak mungkin sudah luka..hal ini berlarutan..sakit dada melampau..badan mencucuk sakitnya..sendi terlalu sakit untuk bergerak..mak mengambil langkah drastik..naluri seorang ibu..ana di bacakan ruqyah secara bergilir-gilir oleh mak dan abah..akhirnya..ana muntah darah..ada serpihan debu kaca halus..dik,ni santau..terkedu ana memandang wajah mak yang ternyata risau dan bersalah..mak memohon maaf berkali-kali pada ana..dan berjanji berusaha sehingga ana sembuh..kata mak,andai dia tak biarkan ana dulu mesti sekarang ana tidak seteruk ini..anan memberikan satu senyuman buat mak..kata ana,untuk sakit seteruk ini untuk mendapat kasih sayang mak sebanyak ini,adik rela..

detik ini..saat ini..sudah 4 hari ana tidak tidur..makan dan muntah..tidak mampu belajar..ana seperti melayang dalam khayalan..ana menjadi seorang yang sangat pelupa..mungkin nanti,selepas ini,ana lupa yang ana sendiri menulis entry ini..

inilah kisah ana..nur,cahaya dan apa jua nama yang ana gelarkan pada diri ana..di saat umur baru mencecah 23 tahun..ana seperti sudah hilang separuh dari hidup ana..tidak mengapalah..sekurang-kurangnya..ana masih punyai yang separuh lagi..Allah Maha Adil..ana yakin..Allah mendengar doa-doa ana..mungkin esok hari ana akan cerah kembali..harapan ana masih tinggi..



*tujuan ana menulis entry ini kerana ana ingin ingatkan diri ana selepas ini supaya tidak lupa semua yang telah ana lalui..walaupun tidak semua ana catat dengan sempurna,sekurang-kurangnya ada juga catatan untuk ana imbas masa-masa lalu ana.. entry ini juga untuk di hadiahkan pada sahabat-sahabat maya ana yang selalu mengingatkan ana tentang kebesaranNYA..sungguh,ana lupa untuk bersyukur..detik ini,saat ini..ana berdoa..andai esok bukan lagi milik ana,semangat ana yang tidak seberapa ini boleh menjadi hadiah pada sesiapa yang sakit seperti ana..andai di tanya apa sakit ana..ana SAKIT MISTIK! ^_^..senyuman dari ana..tanda ana puas dengan 23 tahun yang hebat ini..


~sewaktu berjalan-jalan mencari gambar yang sesuai,ana terjumpa gambar ini di gunakan di blog orang lain.ini gambar ana... semalam,ana terjumpa orang menggunakan gambar ini di fb.tersenyum..~

~cahaya~
6.39 pagi
kamar tidur di rumah
READ MORE - Please someone...please cut my vein..

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP