Wednesday, May 2, 2012

*~* kehanyutan GELOMBANG *~*

Assalamualaikum wbt…


BERSIH 3.0..gelombang~~~~~~

Gelombang BERSIH 3.0 masih melanda laman FB ana walaupun ana tidak hadir untuk kesekian kalinya..kekangan tahap kesihatan membuatkan ana akur untuk berada di rumah.. ana berbicara dengan megah untuk pengalaman BERSIH 1 dan PPSMI.. ana juga pernah berdiri di samping A.Samad Said yang pada waktu itu akal remaja muda menggelarkan beliau sebagai `pakcik`.. kelakar jika ingin di ingat kenangan hijau ana bersama demo di usia seawal 18 dan 19 tahun..di saat hamburan tear gas dan di suakan dengan garam ana terus menyapu ke muka..Allahurabbuna..pedihnya berganda..agaknya akhi unit AMAL mahu saja ketawa bergolek-golek melihat keadaan ana..mana nk di kira niqab yg dah tertarik senget..kaca mata yg hilang bingkainya(ana masih berkaca mata saat itu)..akhirnya akhi unit AMAL menghasilkan 1 kepungan untuk ana dan sahabat-sahabat muslimat yang lain berjalan ke kawasan yang lebih selamat..demikian lah pengalaman ana dulu di BERSIH 1 dan PPSMI..jujurnya jiwa ana meronta untuk hadir lagi..Cuma sahaja roh ana saja yang mampu hadir..^_^..namun ana bangga dengan sahabat-sahabat lain yang hadir..

Namun, ingin sahaja ana highlight kan di sini..dunia yang sudah semakin tua dan keadaan yang bergolak tanpa ritma sekata ternyata belum berjaya menyekat jiwa-jiwa halus untuk terus melayan emosi jiwa sehingga ternyata jelas menghilangkan hormat dan maruah yang selayaknya ada pada diri manusia.

Keghairahan ana tentang BERSIH 3.0 di hambur muak dan jelik dengan status-status FB yang tidak pernah lelah berbicara tentang HATI..baik yang sudah bernikah atau tidak sibuk membicarakan nya secara nyata di laman masing-masing..jiwa muda ana yang sudah muak kembali membisik..apa tidak ada turun naik kah tahap mereka ini? Apa setiap masa perlu bebicara tentang CINTA MANUSIA?

Di saat ana berhadapan dengan individu-individu ini,ana cuba bersikap neutral walaupun hakikatnya ana seorang yang firm bila bertindak..di tambah dengan dialog berkasih sayang antara suami isteri…Allah..hilang sudah sifat neutral yang ana cipta..jelik hingga jeluak memuntahkan isi perut..apakah mereka tidak sedar perbuatan itu memperjudikan maruah diri dan agama di mata para mad`u..generasi saat ini bukan lah bodoh atau calang-calang tahap pemikiran nya.. sentiasa mudah mereka terlihat salahnya kita..maka individu megah yang tegar menggelarkan diri da`ie telah berjaya mencipta cela untuk di tatap dunia..

Entry ana sebelum ini ada membicarakan perihal ini..namun ana di asak dengan alasan mereka ingin menzahirkan role model cinta islamik yang berteraskan `nikah muda`.. apa perlu ana berbicara tentang perihal `wasatiyah` dengan golongan cerdik pandai ini? Sudah tentu sahaja mereka lebih mahir dari ana.. jadi bagaimana? Bagi ana ini bukan isu klise untuk di gula-gulakan selalu kepada media..apatah lagi untuk di tatap seharian yang hanya berdialog seperti ini..

`selamat pagi buat suamiku si polan kerana hadir dalam hidupku dan menerangi ruang hatiku..`

`selamat pagi juga buat isteriku dan terima kasih kerana sudi mengisi runag kamar jiwaku..`

Pertanyaan ana..perlukah?apakah penting untuk berbicara sebegini di waima sekadar di alam maya sedangkan ramai yang memerhati…benarlah..bukan setakat dunia ini sudah tua..namun seisinya di landa sakit jiwa lantara ketuaan dunia nya..
Islam itu adalah agama nasihat..dan setiap nasihat yang di lafazkan akan hadir dulu ke telinga penglafaznya.. ana kembali ingin mengingatkan tanggungjawab masing-masing sebagai khalifah bumi..ada yg tegar bersuara lantang berdiri di barisan hadapan untuk berjuang..ada yang selesa berada di tengah menanti arahan..ada pulak yang berada di di belakang..bertindak sekdar keperluan..dan ana yakin ada juga yang bertindak dengan kemampuan hatta dengan hanya bersenjatakan mata pena mahupun petikan hujung jari yang bisa menggegar dunia.. yang mana satu pun diri kalian..status yang bagaimana pun kalian pilih..ingatlah..perjuangan membina baitul muslim itu perjuangan perang untuk melahirkan mujahid dan mujahidah bermaruah..lantas perjalanan nya juga biarlah bermaruah..lempiasan emosi harus sekata dengan situasi dan berkoordinasi dengan status diri..moga tidak jadi fitnah pada perjuangan hanya kerna sebaris dua ayat yang di war-warkan..


setiap insan punya perasaan..bergantunglah pada cara ia menzahirkan perasaan itu

Allahurabbuna..sekali ana menulis..beribu kali beristighfar gentar dengan dugaan yang bakal hadir hasil dari pendapat sendiri..bagaimana sekalipun..kuatkan lah semangat kalian..islam tidak memerlukan kita Cuma kita yang memerlukan islam untuk memastikan kesinambungan tamadun dunia megah yang bersujud merendah kepala di paras terendah hanya dan hanya kepala Allah..

Ayuh sahabat..dunia kekurangan jiwa muda berani..jangan layu dengan emosi duniawi..fitrah kejadian manusia akan terisi.. dan kitalah yang memilih jalan dan haluan nya..BERSIH 4.0 bakal menyusul..ayuh..kita kuningkan 1 MALAYSIA!! kita berjuang untuk generasi mendatang..hasilnya bukan waktu ini mahupun zaman ini..namun anak-anak kita perlu di beri peluang untuk merasa nikmat kepimpinan yang mendaulatkan ISLAM..


boleh mula baca qunut nazilah setiap kali solat..kita doa kan dunia dan negara kita


~cahaya~
2 mei 2012

3 comments:

mujahid rindukan syahid May 2, 2012 at 3:07 AM  

semacam berdiri roma ditengkuk....mana kan tidak punya mujahidah bersemangat mujahid....teruskan wahai mujahidah....mata pena lebih tajam dari mata pedang....BERSIH 4.0 menanti perjuangan pena anda....peace no war....

Anonymous May 2, 2012 at 3:16 AM  

nice quote..afwan ya ukhti..perlu kah kamu menentang para dai'e di Jalan Allah hanya sekadar kelakuan mereka yg begitu?..sudahkah kamu menegur apa2 yg kamu rasakan tidak kena?..nasihat ana silalah buat teguran itu jika kamu rasa pndapat kamu benar..btw nice sharing....

zinniera balqis May 2, 2012 at 11:50 AM  

kepada anonymous: tulisan ana bukan berunsur penentangan pada para dai`e..lebih kepa perkongsian terbuka..hal ini berleluasa pada hemat mata pandang ana..menegur secara terangan mahupun berdepan hanya mengudang keburukan..menulis secara umum lebih berhemah untuk jadi tatapan baik untuk diri ana sendiri mahupun sesiapa sahaja..

Post a Comment

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP