Sunday, May 6, 2012

Embun

7 mei 2012
4.53 pagi

Assalamualaikum warahmatullah..Assalamualaikum warahmatullah..



Sujud aku kali ini bernada syahdu. di saat bumi riuh dengan bunyi hujan lebat,aku leka seketika dalam nikmat. nikmat yang jarang-jarang aku temui. nikmat yang kadang-kadang aku kehendaki. sujud aku kala ini penuh harapan. untuk sujud aku kali ini,aku pejam erat mata rapat-rapat. mengumpul segenap tenaga untuk mengadu pada Tuhan. hilang semua derita yang aku pikul. hilang semua sengsara yang aku cipta. saat ini cuma ada aku dan pencipta. tiada penghalang. hatiku cukup rapat. berkhayal aku sehingga ke langit ke tujuh.




jiwaku melayang untuk sujud kali ini. menitiskan air mata tanpa bunyi. terbayangkan seperti bersujud di taman firdausi duniawi. aku jadi sayang untuk bangun dan meninggalkan sujud kali ini. jiwa aku jadi ringan dengan sujud begini. membuatkan aku segan dan malu untuk bangun dari bumi. entah bila lagi akan ku temui sujud begini waktu ini. mungkin esok jiwaku kembali berdosa dan sujud seterusnya tidak senikmat ini. mungkin saat nanti badan aku penuh luka dan sujudku tidak akan sesempurna ini lagi. mungkin nanti lidahku kelu dan bicaraku jadi dusta pada Illahi.

sujud kali ini penuh cerita. aku mencoret kisah hati dengan mata buta. hanya deraian dan nafas sahaja masih membuktikan aku di dunia. aku masih terlalu sayang pada sujud ini. terlalu sayang untuk bangun dan tinggalkan detik ini. embun hari ini mungkin jelik dengan kehadiranku. merebut perhatian dan kasih dari tuhan. embun,jadikan aku temanmu malam ini. aku sendirian dan ingin mengadu pada tuhan. sekilas niat aku berbisik, aku redha dengan sakit begini semoga KAU izinkan lagi aku punya nikmat untuk sujud begini. dunia ini bukan milik ku dan nikmatnya juga bukan hak ku. aku kembalikan diriku padaMU


bertemankan embun jadi kawan

~cahaya~

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP