Assalamualaikum...
lama benar bersawang laman ini.. ledakan emosi yang ana pikul seringkali membuatkan ana berada pada paras kurang waras untuk berbicara..
memendam rasa sakit yang bagi ana amat sangat dan percubaan untuk menulis pada paras neutral selalunya tidak berkoordinaasi..tahap penaakulan pulak yang sememangnya tidak stabil dan berbagai halangan jiwa mencipta ke arah laman sesawang ini bersawang secara ekstrem..Allahurabbuna...
ana baru selesai menjelajah ke dunia blog..seperti biasa..ana lebih selesa melayari blog beremosi seperti pengalaman dan pandangan berbanding blog humor dan blog-blog yang pada hemat ana `bajet cute`..
mawarnafastari,nafastari,mawarberduri dan berbagai lagi blog yang seringkali ana singgah..acapkali juga airmata ana turut tumpah...
seperti kisah mawarnafastari..kisah benar kehidupan hamba ciptaan Allah..seorg ibu muda...kehilangan suami sewaktu perkahwinan di usia awal tahun ke-3...ana kalah dengan emosi tatkala membayangkan bagaimana `survive` nya dia..berlawan dengan emosi dan kehendak dunia dalam masa yang sama..tersemat erat di minda ana...~perkahwinan yang singkat dan menyenangkan,moga kita bertemu di sana~
please someone...please cut my vein...~ entah berapa kali ana lafazkan frasa ini di alam maya..entah berapa kali ana merayu pada dunia..tolong lah..tolong potong urat nadiku...memikul sakit dan dugaan yang bagi ana tidak adil ini secara bersendirian membuatkan ana kurang waras dengan tuhan...kenapa mesti ana yang sakit? kenapa mesti sakit selama ini? kenapa mesti hilangkan sekali kawan-kawan ana? kenapa mesti hilangkan juga kejayaan yang pernah ana raih? kenapa mesti ana? kenapa bukan cahaya yang lain? kenapa bukan nur yang lain? dan KENAPA!?
~terkadang,ana jemu sakit sendirian~
melayang jiwa ana pada tahun 2007..ana mendaftar ke Kolej Matrikulasi dengan tekad..`i wanna be a doctor`...gaya,perwatakan,pakaian,agama...ana didik sebaik mungkin..ana tinggal segalanya yang pada hemat ana menjadi halangan pada cita-cita..ana tinggal kan cinta..ana tinggal kan hiburan..urusan ana..buku,ilmu,kawan-kawan,keluarga,amalan, dan jawatan..mungkin pada waktu itu ramai yang melihat ana sebagai makhluk ciptaan tuhan yang sempurna dari segi akal,fizikal dan kurniaan..
di mana salahnya pun ana tidak pasti..di mana mulanya pun ana sudah lupa..ana terlibat untuk membantu seorang penghuni kolej yang di landa kerasukan melampau..lebih dari seminggu kami bergilir-gilir berkawal di biliknya..kebetulan ana menguasai ilmu al-quran secara hafazan dan memikul gelaran hafizah di bahu,kawan-kawan yang lain meletakkan keyakinan kepada ana..andai ana ada..kawan yang sakit itu tidak pernah meracau..sewaktu ana ke kelas dan di ganti dengan kawan yang lain,nah..bertukar situasi..dan di sinilah bermula kisah ana..
yang sakit sudah berhenti belajar..ana pula meneruskan pengajian ke tahun ke-2 dengan CGPA 3.97.. bersedia untuk menandatangani akur janji biayaan biasiswa..ana megah dengan kejayaan yang ana cipta..sayangnya itu tidak lama..satu malam,ana ke tandas. sendirian..sewaktu berjalan balik ke bilik,lampu-lampu koridor seolah menuruti langkah-langkah ana. ana ke depan,lampu di depan menyala dan di belakang akan padam. selangkah ke depan lagi,lampu seterusnya pula menyala..ana berlari ke bilik,masuk dan boom! terus tidur..ana simpan rahsia malam itu sendirian..malam seterusnya. ada yang mengetuk pintu..seingat ana jam 3 pagi..ana yang sememangnya sangat mudah terjaga dan berkedudukan paling dekat dengan pintu,bangun dan tergerak hati untuk melihat isi bilik..cukup 4 orang...siapa yang mengetuk? ana buka juga pintu..tiada siapa..cuma angin yang sangat kuat..sejuk!cerita ini juga ana simpan erat-erat..
~doa tidak akan berhenti~
rupanya inilah permulaan kisah hidup ana untuk tahun-tahun mendatang..episod hidup ana berubah selepas sorotan kejadian malam itu..ana tidak mampu ke kelas...sakit seluruh badan. menyucuk..tidak mampu tidur..3 bulan ana seperti mayat hidup..hendak mengadu pada ibu ayah..mereka seolah tidak mengerti saat itu..ana di tuduh malas belajar..ana membawa diri..menahan sakit yang ana tidak mengerti..solat dan zikir menjadi urusan yang terberat untuk ana pikul..saat mahu solat..ana pengsan di tikar sejadah..hanya terjaga setelah waktunya tamat..ingin mengaji..lidah ana kelu..huruf seperti tidak ana kenali..ini berterusan..kawan-kawan hilang dari pandangan..yang menjaga masih ada..cuma ana faham..mereka juga manusia yang punya urusan peribadi sendiri..lantas ana memilih untuk membawa semua masalah sendiri.. natijahnya..tahun kedua tamat dengan CGPA 0.74..
abah tebal muka..mak mendiamkan diri..ana? berkira-kira untuk lari dan membunuh diri..rasa benci yang amat sangat tatkala melihat wajah sendiri..berat badan meingkat mencecah 100kg..walaupun ana tidak makan dan sering muntah..
abah berusaha mendaftarkan ana ke uitm dengan bantuan seorang saudara `guna kabel` kata orang kampung..anan mendaftar dengan perasaan yang bercelaru..andai di tempat ini,masih akan terganggu kah? seminggu pertama buat ana tersenyum..menjengah minggu kedua,ana mengerti..gangguan itu masih ada..kadang ana merangkak ke kelas..masih lagi ana ingat..sewaktu minggu-minggu peperiksaan..ana ke dewan dengan di hantar oleh motor..ana tidak mampu berjalan..sekali lagi..keputusan nya 2.43 dengan 1 repeat paper.. subjek perakaunan..sedangkan pelajar diploma perakaun!!!! menebak marah seorang bapa..anak yang dulu megah di banggakan..kini hilang taringnya..menjadi seorang adik dengan berkakak dan abang graduan-graduan perakaun,ana kalah di asak pertanyaan..bukan tidak pernah ana berbual dengan abah..mengadu pada mak,abang,kakak..adik sakit..hasilnya? psikologi jah tu..jangan di layan...ana kembali membawa diri sehinggalah terjadinya satu insiden..ana mengamuk sewaktu tamrin di kawasan kem di perlis..ntah apa yang berlaku ana pun tidak pasti..ana lupa..dan tidak mahu tahu..semenjak itu mak dan abah mula menerima ana..malah mendaftarkan diri untuk berguru dengan Al-Fadhil tok guru Harun Din untuk menuntut ilmu rawatan DArussyifa..mereka berjaya...dan ana kira ini lah pengakhiran sakit ana..
sayangnya..Allah sangat sayang pada ana..ana di bedah beberapa kali,pada tahun 2010 dan 2011..menangguhkan pengajian sebanyak dua semester..kata doktor..ana mempunyai ketumbuhan di rahim..KANSER kah? terduduk ana..bencikah kau pada aku tuhan? Allah..ana menjerit sekuat hati..andai kau boleh rentap perasaanku,rentap jugalah nyawaku..Allah..beristighfar ana..hati ana layu..jiwa ana lesu..
~kembali~
semester ini..tahun ini..menjadi pelajar semester 6 namun masih berusaha manghabiskan subjek-subjek yang di bawa dari semester 4..untuk berjalan ke kelas itu sudah amat payah..rahim ana seperti mahu jatuh ke lantai..ana berjalan dengan memegang perut..seringakali juga..tulang-tulang ana sakit..beberapa hari sebelum Ramadhan tahun lalu..ana terbatuk-batuk sewaktu membaca al-quran..terpercik warna-warna merah pada helaian musyaf..ana kira anak tekak mungkin sudah luka..hal ini berlarutan..sakit dada melampau..badan mencucuk sakitnya..sendi terlalu sakit untuk bergerak..mak mengambil langkah drastik..naluri seorang ibu..ana di bacakan ruqyah secara bergilir-gilir oleh mak dan abah..akhirnya..ana muntah darah..ada serpihan debu kaca halus..dik,ni santau..terkedu ana memandang wajah mak yang ternyata risau dan bersalah..mak memohon maaf berkali-kali pada ana..dan berjanji berusaha sehingga ana sembuh..kata mak,andai dia tak biarkan ana dulu mesti sekarang ana tidak seteruk ini..anan memberikan satu senyuman buat mak..kata ana,untuk sakit seteruk ini untuk mendapat kasih sayang mak sebanyak ini,adik rela..
detik ini..saat ini..sudah 4 hari ana tidak tidur..makan dan muntah..tidak mampu belajar..ana seperti melayang dalam khayalan..ana menjadi seorang yang sangat pelupa..mungkin nanti,selepas ini,ana lupa yang ana sendiri menulis entry ini..
inilah kisah ana..nur,cahaya dan apa jua nama yang ana gelarkan pada diri ana..di saat umur baru mencecah 23 tahun..ana seperti sudah hilang separuh dari hidup ana..tidak mengapalah..sekurang-kurangnya..ana masih punyai yang separuh lagi..Allah Maha Adil..ana yakin..Allah mendengar doa-doa ana..mungkin esok hari ana akan cerah kembali..harapan ana masih tinggi..
*tujuan ana menulis entry ini kerana ana ingin ingatkan diri ana selepas ini supaya tidak lupa semua yang telah ana lalui..walaupun tidak semua ana catat dengan sempurna,sekurang-kurangnya ada juga catatan untuk ana imbas masa-masa lalu ana.. entry ini juga untuk di hadiahkan pada sahabat-sahabat maya ana yang selalu mengingatkan ana tentang kebesaranNYA..sungguh,ana lupa untuk bersyukur..detik ini,saat ini..ana berdoa..andai esok bukan lagi milik ana,semangat ana yang tidak seberapa ini boleh menjadi hadiah pada sesiapa yang sakit seperti ana..andai di tanya apa sakit ana..ana SAKIT MISTIK! ^_^..senyuman dari ana..tanda ana puas dengan 23 tahun yang hebat ini..
~sewaktu berjalan-jalan mencari gambar yang sesuai,ana terjumpa gambar ini di gunakan di blog orang lain.ini gambar ana... semalam,ana terjumpa orang menggunakan gambar ini di fb.tersenyum..~
~cahaya~
6.39 pagi
kamar tidur di rumah